Friday, January 27, 2012

GURU MIMPI

Setelah pos terakhir dibawah dikeluarkan, TARR!!! kami telah mendapat satu mesej yang amat keras "JANGAN LEPAS TANGAN!". Puas kami fikirkan message yang sampai umpama halalintar memecah keheningan disiang hari yang damai. Berita yang ditunggu itu akhirnya sampai juga.

Rupanya perkara ini telah dan sedang pun berlaku.

Ustaz Hanafi tidak pernah mengaku jadi pengganti sewaktu Pak Haji Zain masih hidup, dan Pak Ak pun tidak pernah tahu yang dia bakal pengganti waktu Almarhum Ustaz Hanafi masih hidup Jadi siapakah gerangan-nya yang tiba-tiba meng- "aku pengganti" dalam keadaan Tok Hikam yang ada masih hidup?

Dan ingat saudara/i sekalian. Jika ada dikalangan kamu yang pernah mengucapkan yang sama "aku pengganti" atau yang sama maksud dengan-nya, maka dia juga adalah Iblih. KAMI tidak pilih bulu atau kroni. Ini peringatan buat semua yang perasan nak jadi guru!

Hari ini KAMI berurusan dengan yang NYATA. Jangan ingat KAMI tidak tahu, masih ada yang kedepan ini yang perasan nak jadi guru.


Kisah Maiden telah pun kami sudahkan, rupanya kisah kedua menyusul tiba. Sekali lagi membuktikan kami tidak bercakap kosong.

Sudah ada bunyi-bunyi GURU MIMPI. Yang mendakwa bermimpi berjumpa dengan YM Tuan Haji Ishak Itam lalu mendapat mandat untuk menjadi guru. Guru apa pulak ni? Siapa dan dimana?

Ya Allah, apa sudah jadi dengan ahli Silat Cekak?

Harapnya tiada message lain yang sampai kerana kami sudah tidak mahu masuk campur dalam perkara ini, cukuplah sekadar memberitahu apa yang kami tahu.

Kami terpaksa bertindak menyampaikan berita ini kerana ia telah mengkaitkan nama YM Tuan Haji Ishak Itam dalam hal mimpi dan mandat.

Kami tidak bersikap lepas tangan untuk menyampaikan perkhabaran tentang perkara yang dikatakan telah berlaku, selebihnya terpulanglah kepada ahli untuk menyiasat atau membuat pertimbangan dan sebagainya.

Supaya tidak timbul fitnah atau tuduhan yang bukan-bukan terhadap YM Tuan Haji Ishak Itam, kami nasihati ahli supaya lihat, dengar, fikir, timbang dan berbincang sebelum membuat sebarang keputusan.

Telah selesai tanggungjawab kami dalam memberitahu ahli tentang perkara ini. Kami tidak mahu campur dalam hal selanjutnya dan kami berhenti disini.

Sekian.

Saturday, January 14, 2012

Si Mata Satu !!!!

CUKUP SEGALA BUKTI YANG TELAH KAMI BERIKAN TERHADAP PERJALANAN YANG TELAH BERLAKU SEHINGGALAH TIMBUL BUKTI SI MATA SATU.


MAKA KAMI AKHIRI KISAH INI BUAT SELAMANYA.


SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA PEMBACA.


"PERANG TETAP PERANG"


WASSALAM.


SATURDAY, DECEMBER 31, 2011


sapahabaq: Si Mata Satu !!!!


Alahaiii...... Dajjai ka ni? Benda ni la dok merata di rumah tok guru sendiri..... Nak buat apa benda ini sebenarnya? Nak cek apa? Nak cek tok guru kot-kot dia lari ke atau nak cek kot-kot ada lagi ka orang mai bawa lari tok guru ni...

Agaknya ni semua pasai kes bawa Pak Ak ke hospital KPJ hari tu la kot...

Ka depa ni takut ada orang mai lawat Pak Ak dan Pak Ak tiba2 boleh bersembang rabung... atau berkata2 sesuatu.... macam mana depa kejan2 sungguh suruh bawa Pak Ak balik dari KPJ hari tu sampai tak sempat anak2 murid nak bawa berubat..... Dajjai sungguh depa ni!!!!!! Itulah dengaq katanya Tok Din kejan2 suruh bawa Pak Ak balik dari KPJ, takut2 Pak Ak boleh diubat dan boleh bercakap dan terpecahlah rahsia sebenarnya.....

Awat la sampai macam tu? nak pasang si Mata satu ni... buat habis boras saja oiii... buat habis duit la.... lebih baik la hampa semua geng2 tok din ni bawa Pak Ak ni pi berubat... tu lebih penting!!! kalau orang nak bawa berubat hampa semua takut dan tak bagi.... so hampa la usahakan dengan bersungguh... jangan dok biaq tok guru terlantar macam tu.... kalau tidak pun pi la mengadap orang yang bawa Pak Ak dulu ke KPJ.... minta la laporan medical check tu!!!!Jangan lah sombong sangat!!!!! Jangan la dok bodoh sangat!!!! sampai tak nampak yang mana satu lebih penting..... inilah dok tengok dengan satu mata......

Ini lah simboliknya perangai si Mata satu!!!! sebab dok tengok dengan satu mata saja... maka depa ni nampak benda2 yang penting bagi diri depa saja...bab sakit tok guru ni depa nampak pasai orang nak mai lawat... depa nak rakam... patutnya depa bawa Pak Ak berubat....

Alahaiiii si mata satu.... 

Friday, August 13, 2010

AQAI'DUL IMAN

AQAI'DUL IMAN
Adapun Aqa’idul Iman itu lima bahagi:

1. Aqa’idul Iman 50, yaitu dengan ringkas untuk mengesahkan iman kita dan wajib diketahui bagi tiap-tiap orang islam yang baligh lagi beraqal laki-laki atau perempuan yang mula hendak mengerjakan ibadah kepada Allah Ta’ala, jikalau tiada kita mengetahui Aqa’idul Iman yang ringkas ini maka tiadalah syah ibadah kita kepada Allah Ta’ala yaitu 20 sifat yang wajib dan 20 sifat yang mustahil dan 1 sifat yang harus maka dijumlahkan jadi 41 dan 4 sifat yang wajib bagi rasul dn 4 sifat pula yang mustahil dan 1 sifat yang harus pada rasul maka jadi 9, maka dijumlahkan dengan 41, jadi 50 Aqa’id
2. Aqa’idul Iman 60
3. Aqa’idul Iman 64
4. Aqa’idul Iman 66
5. Aqa’idul Iman 68

Adapun Aqa’idul Iman yang empat (4) kemudian ini untuk ma’rifat yaitu untuk membedakan dzat Allah Ta’ala dengan dzat yang baharu, dan membedakan sifat Allah Ta’ala dengan sifat yang baharu dan membedakan perbuatan Allah Ta’ala dengan perbuatan yang baharu, maka kesemuanya itu benar, hanya perselisihannya pada Rukun Iman sahaja, setengahnya tiada dimasukkan Rukun Iman yang 4 perkara, maka jadi 60, setengahnya dimasukkan Rukun Iman tetapi tiada dimasukkan lawannya, maka jadi 64, dan setengahnya dimasukkan Rukun Iman yang 4 perkara dan lawannya , maka jadilah 68 dan yang 66 tiada masyhur sebab tiada dimasukkan satu (1) sifat yang wajib bagi Rasul dan lawannya maka inilah sebab menjadi 66.
Maka baharulah jadi Syahadat itu dua (2) bahagi:

1. Syahadat Tauhid, yaitu Ashadu anllaa ilaha ilallah
2. Syahadat Rasul, yaitu Ashadu anna muhammadarrasuulullaah

Adapun Fardhu Syahadat itu dua perkara:
1. Diikrarkan dua kalimah itu dengan lidah
2. Ditasdiqkan makna itu kedalam hati

Syarat Syahadat itu empat perkara:
1. Diketahui apa isi didalam dua kalimah itu
2. Diikrarkan dua kalimah itu dengan lidah
3. Ditasdiqkan maknanya itu kedalam hati
4. Diyakinkan sungguh-sungguh didalam hati

Rukun Syahadat itu empat perkara:
1. Mengisbatkan dzat Allah Ta’ala dzat yang wajibal wujud
2. Mengisbatkan sifat Allah Ta’ala sifat yang kamalat atau sifat yang kesempurnaan
3. Mengisbatkan af’al Allah Ta’ala memberi bekas dan yang berlaku dalam alam ini semua perbuatannya
4. Mengisbatkan kebenaran Rasulullah dan Muhammad itu benar-benar pesuruh Allah

Kesempurnaan Syahadat itu empat (4) perkara:
1. Diketahui
2. Diikrarkan dengan lidah
3. Ditasdiqkan maknanya didalam hati
4. Diamalkan dari dalam hati hingga melimpah keseluruh anggota

Yang Membinasakan Syahadat itu empat (4) perkara:
1. Syak hatinya pada Allah Ta’ala
2. Menduakan Allah Ta’ala
3. Menyangkal dirinya dijadikan Allah Ta’ala
4. Tiada mengisbatkan dzat, sifat dan af’al Allah Ta’ala dan kebenaran Rasul

Adapun dzikir itu tiga (3) bahagian
1. Dzikir lidah yaitu: Laa ilaha ilallah
2. Dzikir hati yaitu: Allah
3. Dzikir sirr yaitu: Huwa

Adapun Laa ilaha ilallaah dzikir orang Syari’at
Adapun Allah... Allah... dzikir orang Tarikat
Adapun Huwa… Huwa… dzikir orang Hakikat
Laa ilaha ilallaah itu makanan Jasmani
Allah… Allah… itu makanan Qalbu
Huwa… Huwa… itu makanan Ruhani

ALLAH
Alif = Dzat
Lam = Sifat
Lam = Af’al
Ha = Asma’

Di tulis ulang dari: "ILMU TAUHID"

Monday, July 5, 2010

HEY SATANISTS!!

I KNOW YOUR SECRET!
YOU'LL HAVE TO PASS THRU ME
AND
I SWEAR TO GOD
YOU AND ALL YOUR DEVILS WILL PERISH!!






Monday, May 31, 2010

Bersama Bersatu Jin Mata Satu?







THE ALL SEEING EYE








BERHATI-HATILAH TUAN-TUAN BANGSA MELAYU.

MEREKA SEDANG MEMPERSIAPKAN ANGKATAN MEREKA!

MEREKA SUDAH PUN MASUK DAN SEDANG MEROSAKKAN ORANG-ORANG SILAT DAN ORANG MELAYU DENGAN FAHAMAN NEW WORLD ORDER.


APA NEW WORLD ORDER? (ADAT BARU ZIONIS)
MEMANTANKAN GURU UTAMA


(contoh bukankah mereka yang MENGUNDI tanpa bahas sebulat suara untuk MELANTIK?)


APA OLD ORDER? (ADAT MELAYU ZAMAN BERZAMAN)
GURU SEUMUR HIDUP


ORANG SILAT ADALAH TUNJANG KEKUATAN BANGSA MELAYU!
LEMAH SILAT LEMAH LAH JATI DIRI LEMAH LAH SEGALANYA.


BAYANGKAN JIKA MEREKA YANG MENDOKONG ADAT BARU ZIONIS INI DUDUK DIKERUSI PENTING MEMIMPIN PERTUBUHAN SILAT YANG BERTARAF KEBANGSAAN?

TANDA-TANDA JELAS AGENDA MEREKA:
MEREKA SEDANG MENJAHANAMKAN INSTITUSI PERGURUAN YANG MENJADI TONGGAK KEKUATAN ISLAM DAN ILMU UMAT MELAYU SEJAK ZAMAN BERZAMAN.


(contoh perangai mereka yang memanipulasi perlembagaan demi kepentingan diri mereka!)


MEREKA TELAH MERENDAHKAN INTELEKTUAL ORANG MELAYU DENGAN MENGANGGKAT ORANG YANG TERKENAL JAHIL MENJADI GURU.

MEREKA TELAH SECARA HALUS MELORONGKAN UMAT MELAYU KE JALAN MATERIAL BUKAN LAGI SPIRITUAL!


MEREKA TELAH MELETAKKAN FAHAMAN MATERIAL, KEKAYAAN DAN KEBENDAAN SEBAGAI PENGUKUR KELAYAKAN UNTUK MENJADI GURU BUKAN LAGI BERLANDASKAN ILMU!

OLEH ITU,
APAKAH TANDA YANG ANDA TELAH TERPILIH MENGANGGOTAI ANGKATAN MEREKA?


>>ANDA MASIH TIDAK BERFIKIR DAN MASIH MAHU BERSAMA DAN BERSATU DENGAN MEREKA MENDOKONG LOGO MATA SATU!

MAKA,
ORANG-ORANG SILAT MELAYU SEDARLAH!

PERANGI GERAKAN LOGO MATA SATU DENGAN SEKERAS-KERASNYA!

JANGAN BIARKAN ANAK-ANAK BANGSA MELAYU MENJADI MANGSA KEPALSUAN PALING DAHSYAT ABAD INI!

MACAMANA NAK KENAL MEREKA?
SENANG SAHAJA, BERIKUT ADALAH TANDA ATAU AYAT YANG SENTIASA MEREKA GUNA PAKAI UNTUK MENAKUTKAN AHLI YANG SUDAH BEBAS ATAU INGIN BEBAS DARIPADA CENGKAMAN MEREKA BAGI MEMPERKUKUHKAN ANGKATAN JAHIL MATA SATU MEREKA.




(contoh menakut-nakutkan ahli untuk bersuara sehingga bubar cawangan!)



Biasa dengar ayat ini:
'KAMU DALAM PERHATIAN'

sama erti dengan

THE ALL SEEING EYE!
IS WATCHING

FAKTA SEBENAR YANG SAYA LALUI SEJAK MEI 2009


FAKTA SEBENAR YANG SAYA LALUI

Salam buat semua. Saya terpanggil untuk berkongsi fakta sebenar apabila nama saya dibabitkan dalam surat oleh Maj Mohmad Anuar Ahmad (B) bertarikh 21 Mei 2010.
Ku mulai warkah ini dengan memohon keampunan daripada Yang Maha Agung Allah SWT dari sifat keji terutamanya syirik dan munafik di dalam menyatakan kebenaran. Ku berselawat terhadap junjungan besar kekasihnya Nabi Muhammad SAW serta pewaris-pewarisnya yang terus tanpa jemu-jemu menyampaikan ajaran Islam yang hakiki hingga saat ini termasuklah Guru Utama Silat Cekak Tuan Haji Ishak Itam. Dan pewaris itu tetap pada empunya diri Tuan Haji Ishak Itam hingga saat dan ketika ini. Belum lagi berubah. Ku jua ucapkan salam atas Keramah dan Hikmah kedua ibubapa yang melahirkan aku. Terhadap  sahabat-sahabat yang masih teguh dalam perjuangan mempertahankan Islam agar sentiasa di dalam rahmatnya dan diberi kekuatan yang berterusan walaupun dari golongan yang sedikit.
Ku rela menerima apa jua dugaan, cabaran, balasan dan hukuman atas apa jua yang bakal ku sampaikan kerana sesungguhnya hati ini hanya takut pada yang Maha Besar. Tidak sekali-kali ku rasa gentar terhadap pangkat-pangkat, darjat-darjat dan kehebataan sebarang mahluk yang kena jadi. Moga Allah sentiasa beserta di dalam warkah ini dan diredhainya. Insyallah.
Saudara-saudaraku,
Aku tidak mengaji dan mengkaji sedalam yang disampaikan oleh Maj Mohmad Anuar, tetapi jika ia berkehendak JADI maka JADILAH. Adapun setakat yang mampu aku bicarakan adalah bermula bulan Mei 2009 di mana di masa itu, aku ingin membeli kain batik cekak untuk anaknda tercinta dan hadir ke bilik Pengarah Urusan Maroz Tailoring atas jemputan yang empunya pejabat. Hanya ku ingin memetik kata-kata tuan punya pejabat "Roslizan, abang ini bukan orangnya yang layak untuk menjadi Guru dan Presiden kerana abang kenal siapa abang, jika sekiranya di masa-masa akan datang, ada seorang Guru yang sebenar maka abang akan serahkan segala tugas yang diberi oleh Guru Utama (iaitu tugas Presiden yang diarahkan oleh Ustaz Ishak untuk beliau laksanakan) dengan rela hati. Abang bukan orangnya". Itulah kata-kata yang masih terngiang-ngiang di telingaku hingga saat ini. n
Setelah itu, aku berada di dalam mesyuarat khas AJK Pusat PSSCM semasa di Kuala Trengganu untuk membincangkan perihal kesihatan Yang Mulia Guru Utama. Perintah yang diberi oleh Pengerusi Mesyuarat pada masa itu adalah "Kita beri tempoh dalam masa 2 minggu untuk sama-sama memikirkan kaedah yang paling baik bagi menghadapi situasi kesihatan Guru Utama sekarang bagi melancarkan perjalanan PSSCM". Kesinambungan dari itu, aku dan semua AJK Pusat berkumpul di Bangunan Sentul bagi membicarakan soal yang diarahkan kepada kami untuk difikirkan pada tanggal 14hb Jun 2009. Tanpa bertanya kepada sidang yang hadir, Tuan Pengerusi telah menyatakan bahawa beliau telah diangkat oleh Tuan Haji Ishak bin Itam sebagai Pemegang Amanah untuk membawa Silat Cekak. Jika tidak percaya boleh dipastikan dengan bertemu dan bertanyakan sendiri kepada Yang Mulia Guru Utama. Aku dan semua ahli sidang menghormati keputusan tersebut walaupun agak terkejut. Tanggal 18hb Jun 2009, semua ahli sidang Pusat telah hadir ke rumah Yang Mulia Tuan Haji Ishak. Alhamdu lillah, kupanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT, setakat yang Allah memberiku pendengaran pada ketika itu, tidak ada terkeluar walau sepatah ayatpun dari kalam Tuan Haji Ishak bin Itam bahawa Datok Haji Maideen adalah pengganti dan Guru Utama. Kerana pada saat itu, yang agak keterlaluan berbicara adalah Saudara Setiausaha Agung yang agak terkehadapan mengupas dan mengulas bicara Guru Utama. Cuma aku sempat memetik beberapa bait ayat Yang Mulia Tuan Haji Ishak Itam. Antaranya:
1. Pemberian hanya dari yang satu.
2. Pada adat mata nampak tapi tak nampak.
3. Apa yang ada hanya HAK saya.
4. Kita buat dulu bagi bersatu Jangan Pecah. Masing-masing buat.
Berlanjutan dari peristiwa keramat tersebut maka pada tanggal 4hb Julai 2009, di Hotel de Palma Ampang dihadiri oleh hampir semua Ketua-Ketua dan Naib Yang DiPertua Cawangan, AJK Pusat dan LPT maka terzahirlah satu peristiwa mengangkat diri sendiri sebagai PEMEGANG AMANAH oleh Datok Haji Maideen. Ramai dikalangan hadirin dapat menerimanya kerana HANYA sebagai Pemegang Amanah. Berkumandanglah beberapa ayat keramat dari diri Datok pada ketika itu bagi membenarkan dan menguatkan hujah bahawa beliau adalah sebagai Pemegang Amanah. Dan apa yang amat ku terasa adalah ketika Datok mengatakan bahawa "Selagi hayat Yang Mulia Guru Utama kita ada, saya tidak akan ditabalkan sebagai Guru walaupun 10 tahun. Bukan diistiharkan tapi akan ditabalkan selepas 40 hari Yang Mulia Guru Utama kembali ke rahmatullah". Peristiwa nyata dan benar yang disaksikan lebih 40 orang pemegang jawatan penting persatuan.
Maka satu sejarah telah tercatit bermula 22hb Julai 2009 apabila Majlis Ijazah yang pertama oleh Datok (Pemegang Amanah) dilaksanakan di Pusat Latihan Kuang Selangor. Dari saat itu maka majlis-majlis ijazah berterusan tanpa henti. Dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, aku dan beberapa rakan mengikuti perkembangan majlis tersebut hinggalah aku sendiri yang menyaksikannya beberapa kali di Changkat Lada Teluk Intan Perak pada tanggal 3 Ogos 2009. Benarlah apa yang dibacarakan oleh Maj Mohmad Anuar dalam warkahnya bertarikh 21 Mei 2010, bahawasanya terdapat percanggahan dari lazim terhadap dua kalimah syahadah yang dilafazkan oleh Datok. 
Atas dasar tanggungjawab, beberapa pihak berwajib yang arif lagi bijaksana telah ku pohon pandangan dan khidmat nasihat. Jawapannya selari dan sama. Mereka mengatakan bahawa syahadah yang dilafazkan itu bercanggah. 
Berpegang kepada keyakinan diri terhadap Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, ku cekalkan semangat dan bulatkan hati untuk merujuk perkara ini kepada Yang Mulia Tuan Haji Ishak bin Itam pada 21 Ogos 2009. Membawa 4 orang saksi bersama iaitu Encik Adenan bin Mohd Dom, Maj Mohmad Anuar, Encik Amiruddin bin Md Isa serta Encik Md Azmi bin Ismail (yang ketika itu telah sedia ada di rumah Yang Mulia Guru Utama), aku telah mengutarakan perihal masalah syahadah Datok. Keputusan Yang Mulia Tuan Haji Ishak bin Itam amatlah mudah tetapi mencabar iaitu "Roslizan perbetulkan, buat bagi betul dan buat betul-betul". Aku bertanya untuk kepastian, "Adakah saya yang perlu perbetulkan Datok?" Jawapan Yang Mulia Tuan Haji Ishak bin Itam "Ya". Aku bertanya lagi, "Kalau dia tak mahu terima, macamana Ustaz?" Maka jawab Yang Mulia Tuan Haji Ishak bin Itam, "Itulah masalahnya,"
Usul perkara dan keputusan Yang Mulia Tuan Haji Ishak bin Itam telah ku maklumkan kepada kekandaku SUA pada 25 Ogos 2009 untuk beliau mengambil tindakan tetapi beliau menyuruhku memaklumkan sendiri kepada Datok.
Kata-kata Yang Mulia Guru Utama "Amanah Jangan Pecah" sentiasa bermain di hatiku, maka ku beranikan hati untuk membuat temujanji dengan Datok melalui pemandunya Encik Abd Karim bin Said pada 1 Sep 2009, tetapi malangnya diberi alasan bahawa Datok sibuk. Kepada Datok sendiri ku tujukan sms untuk membuat temujanji, juga tidak berjawab. Oleh hal yang demikian pada tanggal 2 Sep 2009 satu sms telah ku hantar kepada Datok dan salinan kepada beberapa orang yang lain iaitu SUA, Abd Karim, Zaini Marzuki, Adenan Mohd Dom, Maj Mohmad Anuar dan Safaran. Kandungan sms ku adalah sebegini.."Salam bang...Perkara Pertama. Saya nak maklumkan bahawa pd 21 Ogos lalu, YM Guru Utama Tn Hj Ishak telah meminta saya, adenan, mej anuar dan amirudin untuk beritahu abg pasal syahadah abg masa majlis baru bercanggah dgn lazim. Itu ajer. Terpulang pd abg nak perbetulkan atau tidak...Sy buat ni atas dasar sayang pd abg. Berpuloh yg mendengar tapi tak berani nak tegur. Majoriti yg taat dan sokong abg pasal kedudukan aje. Perkara kedua. Saya nak mohon agar surat perlantikan abg sebagai Presiden/Guru ditarik balik kerana telah membuka pintu pd musuh dan bercanggah dgn perlembagaan fasal 5.1 dan 11.4. Selepas abg baca sms ni, abg buat keputusan samada nak pecat saya ke. Saya tak kisah. Saya bukan orang yang berjuang utk rebut jawatan. Tugas saya dah selesai. Biarlah Allah SWT sahaja yg menentukan. Salam."
Maka dengan sms tersebut, sekurang-kurangnya amanah Guru terhadap diriku telah kusampaikan kepada yang berwajib tetapi sebagaimana sedia maklum, ianya tidak mendapat apa-apa maklumbalas. 
Akhirnya, aku telah mengutarakan sekali lagi perkara ini di dalam Sidang Pusat pada tanggal 14hb Sep 2009 dan perkara ini telah dijawab dengan panjang lebar untuk SUA. Petikan kata-kata SUA ketika mempertahankan kalimah syahadah Datok antaranya adalah' "Saya kenal Datok dah lama, beliau tidak berpegang dengan kesalahan kalimah tersebut, ia hanya telo sebagai orang berketurunan India" dan aku dengan rasa terkilan kerana SUA mengatakan bahawa apa yang Datok ucapkan tak sama dengan hati (jadi persoalannya...mulut kata lain, hati kata lain???) dan atas penuh rasa tanggungjawab aku me mufarakah kan diriku dari PSSCM (surat SUA menyatakan aku berhenti) tanpa rasa menyesal dan rugi.
Saudaraku sekelian, pada hari ini, ku hidangkan warkah ini pada kalian kerana aku rasa terpanggil atas kudratNYA dan iradatNYA bagi menyatakan kebenaran dan fakta yang aku sendiri lalu, bukannya dengar-dengar cerita orang atau baca-baca di laman blog dan sebagainya. Setelah lebih 7 bulan ku menyepi diri walaupun dalam tempoh itu, aku dicemuh dengan pelbagai perkara, Alhamdu lillah, cemuhlah aku, katalah aku....Guru berpesan, "Bukan nak jadi kudispun". Apalah salahnya orang nak kata, mulut dia, ikut dialah. Asal jangan menyusahkan orang.
Tetapi apabila perkara yang menyalahi hukum dan lazim serta boleh meruntuhkan keimanan seseorang maka wajiblah kita memeranginya. 
Akhir pena, sekali lagi ku bermohon kepadaNYA agar semua saudaraku sekelian agar dapat melihat dengan sejelas-jelasnya dengan mata hati tidak hanya melihat dengan mata zahir bagi mencari suluh penerang hidup. Ku jua memanjatkan permohonan agar saudaraku Datok Maideen, SUA, AJK Pusat, LPT dan seluruh ahli PSSCM khasnya, termasuklah Umat Melayu dan Umat Islam akan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT. Wasalam dan Amin.
Hanya Kerana Allah,
Komander Roslizan bin Ahmad Mahidin TLDM (Bersara) KAT, PPS, PPA
Mantan Penolong Ketua Penerangan PSSCM (2005-2009)
Mantan Setiausaha/Ketua Penerangan PSSCM Cawangan Perak (2004-2008)
Mantan YDP PSSCM Cawangan Perak (1998-2002)
Mantan YDP PSSCM Cawangan Johor Darul Takzim (1995-1998)
Mantan Setiausaha Jabatan Penerangan PSSCM (1993-1994)
Diijazahkan oleh Almarhum Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad (1985)
Nota: Sebarang kemusykilan sila berjumpa saya di Pusat Pembagunan Modal Insan Darul Insan


SURAT TERBUKA UNTUK MELETAKKAN SATU YANG BENAR TIDAK MERAGUKAN


Daripada:   Maj Mohmad Anuar Ahmad (B) 
21  Mei 2010
Kepada:
Saudara YDP Cawangan Negeri dan YDP/Setaraf di IPT                                                                                                                
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)



SURAT TERBUKA UNTUK MELETAKKAN SATU
YANG BENAR TIDAK MERAGUKAN

...............................................................................................................................................................................


1.   Saya mulakan dengan kalimah yang sangat besar ertinya dan saya berpegang teguh  dengannya kerana Dia Yang Maha bagi segala-segalanya  dan saya bergantung harap sangat akan RahmatNya, Tuhan YME.  Oleh demikian apa yang dinukilkan di sini adalah satu kebenaran dan tiada yang tidak benar melainkan benar belaka dan sesungguhnya dengan Zat,  Sifat,  Asma’  dan  Afaal  Tuhan Seru sekalian alam,  saya bertanggungjawab sepenuhnya  ke atas apa yang saya sampaikan kepada saudara.

Saudara,
2.   Saya kira surat ini bukan satu kejutan kerana saya pasti saudara sudah jenuh mendengar tentang diri saya sabit dengan kemelut perjawatan Guru Utama PSSCM.  Bagi saya apapun yang telah saudara dengar sama ada baik atau tidak, saya tetap telah berdiam diri tidak pernah membangkitkan isu ini secara umum berhadapan khalayak penuh.  Namun tidak pula saya nafikan, jika ada mana-mana pihak meminta pandangan saya,  saya langsung memberi  jawaban yang berpegang kepada yang benar dan tidak yang tidak benar.  Setidak-tidaknya itulah pendirian saya.

3.   Seawal bermula episod perlantikan Datuk Hj Maideen Kadir Shah (Datuk),  nama saya telahpun diwar-warkan oleh Datuk,  bahawa saya tidak menerima beliau sebagai guru, walhal saya sendiri telah berbaiah dengan Datuk bermula pula dengan kalimah Bismillahir Rohmaa nirRohiim dan diakhiri dengan satu doa “ Ya Allah, tolonglah aku”.  Ini  disaksikan oleh ramai penyelia-penyelia Lembah Kelang bertempat di Hotel  D’Palma Ampang,  Kuala Lumpur pada 12 Jul 2009.  Seluruh semananjung Tanah Melayu di  mana ada majlis ijazah atau tidak, Datuk terus melaungkan dengan satu perumusan bahawa saya dan seorang lagi AJK Pusat tidak menerima beliau.  Bukan setakat itu,  bahkan dilaporkan dalam ucapan-ucapan  beliau terselit  kata-kata berbaur hina kepada kami.  Saya terus diam dan tidak mahu melatah atau bangun untuk pertahankan diri,  walaupun saya mempunyai hak ke atas perkara ini. Saya juga turut menghormati dan memuliakan keputusan  YM Tuan Hj Ishak Itam atas penyerahan tugas mahupun jawatan kepada Datuk.

4.   Sebaliknya ramai yang pertikai tentang karektor dan personaliti Datuk,  saya tetap pertahankan bahawa apa yang penting adalah pertamanya kita hendaklah menerima Datuk kerana menghormati  keputusan oleh YM Tuan Hj Ishak Itam dan lagi disesuaikan  pula dengan keinginan dan saranan YM Tuan Hj Ishak  supaya kita hendaklah bersatu demi perpaduan ahli-ahli persatuan.  Dalam hal ini,  saya pernah bawa bicara dengan beberapa YDP,  akan isu dan masalah yang saya sedia hadapi dan kami mempunyai pandangan yang sama bahkan saya turut menyatakan sebagai satu pendirian bahawa apalah hak kita untuk menyanggah keputusan tersebut kerana pertama sekali  selain menghormati dan memberi  laluan atas kataputus Guru Utama,  adalah juga kerana sesuatu yang berlaku adalah dengan izin Tuhan jua tetapi  sama ada benar sebagai Hak atau tidak,  sama ada Dia redho atau tidak,  bukanlah urusan kita untuk menentukannya,   bahkan kepada Allah kita harus berserah kerana jika tidak benar, Tuhan juga akan memberi petunjuk dan dorongan kepada semua.  Dari Dia kita terima dan kepada Dia kita berserah.  Hanya masa yang akan menentukan.

5.   Justru itu banyak sangat peristiwa berlaku dan berlalu begitu sahaja.  Semua ini  dan tidak lain tidak bukan adalah bagi menjelaskan kepada kita semua bahawa  ada sesuatu yang tidak kena bersabit dengan keguruan Datuk.  Seumpamanya perihal kelakuan, percakapan, perbuatan dan pendirian Datuk dalam menerajui  majlis-majlis dan ehwal pentadbiran persatuan.   Ada yang membangkitkan masalah kepimpinan Datuk dengan bersandarkan kepada hadis dalam memberi  tafsir sikap dan pemimpin di akhir zaman bahawa betapa nanti akan hadir pemimpin jahil apabila:
a.     Bercakap tidak mendatangkan ilmu.
b.     Bercakap dengan menghina orang atau tamu dalam majlis.
c.     Bercakap dengan membesarkan diri.

6.   Di samping itu juga dibangkitkan perihal isu adap dan kederhakaan terhadap YM Tuan Hj Ishak dan pencabulan ke atas perlembagaan persatuan.  Untuk ini saya turut kepilkan bersama pekeliling PSSM Cawangan Selangor, menjelaskan beberapa isu yang terpaksa dijelaskan oleh AJK Selangor atas tuntutan ahli-ahli cawangan yang menuntut diadakan satu  Mesyuarat Agung Cawangan Luar Biasa pada 10 Okt 2009.  Sesudah mesyuarat tersebut  Cawangan  Selangor terus menjadi sasaran kepimpinan Datuk.

7.   Saya tidak mahu membuat apa-apa komen atas perkara-perkara tersebut di atas,  kerana sebahagiannya sudah jelas dari pekeliling Cawangan Selangor dan yang lainnya juga jelas dalam pengamatan umum.

8.   Hanya saya ingin sentuh adalah pada satu isu yang sangat besar khilafnya kerana ini sangat melibatkan kesemua ahli-ahli dan juga masyarakat umum.  Pada peringkat awal saya tidak mahu membawa sebagai isu dan saya cuma ambil isu ini untuk pedoman saya sendiri,  tetapi keadaan juga memaksa saya dan akkhirnya saya terpanggil untuk disampaikan kepada umum secara terbuka.  Bermula  pada 21 Mac di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Selangor, saya telah menyatakan tentang pendirian saya sebagai bahan bicara di dalam mesyuarat tersebut.  Alhamdulillah, saya diberi suntikan baru tidak kira sama ada berjaya atau tidak dalam menyampai seruan ini,  asalkan saya tahu saya dan rakan-rakan berada dan berpegang pada suatu yang benar.  Perjuangan kami adalah bukan mencari  kemenangan tetapi menyata dan berpegang terus pada kebenaran.  Adalah menjadi sukar pada diri saya ini untuk meneruskan perjuangan dalam persatuan dengan tidak menghirau bab syahadah ini.

9.   Saya membelakangi akan isu-isu adap dan susila murid dan guru,  saya ketepikan fasal buruksangka terhadap Datuk atas kelakuan,  perbuatan,  percakapan dan pendirian Datuk dan saya juga tidak fokus pada fasal-fasal  perlembagaan walaupun perkara-perkara ini boleh menyumbang kepada ketidakbenaran ehwal Datuk.  Mengapa? Tidak lain tidak bukan kerana  syahadah yang pernah digunapakai oleh Datuk sangat jelas bagi saya, selain satu yang sangat khilaf,  isu syahadah ini juga menjelas akan perihal siapakah Datuk tanpa niat memburuk-burukkan beliau,  tetapi sebagai satu pernyataan dan petunjuk mutlak yang harus saya kongsikan kepada semua termasuk saudara. Sekiranya saudara dan semua yang tersampai akan berita dalil dan borhan ini, maka saya dan kawan-kawan  telah meloloskan diri dari pertanggungjawaban ini kepada anak bangsa,  lebih besar lagi dan mutlaknya adalah kepada Tuhan. Masya Allah.    Untuk makluman saudara dan semua ahli masyarakat,  saya terdorong dengan tindakan ini bukan kerana pengaruh nafsu, bahkan saya turut merujuk perkara ini kepada mereka yang dikira layak dengan beberapa pro dan kontranya.  Namun sepertimana telah saya katakan dari awal lagi,  ini adalah untuk kebaikan ummah semua bukan sekadar kepada kalangan ahli-ahli dan kerana ini saya berani mengaku untuk bertanggungjawab penuh ke atasnya. n

10.   Isu syahadah yang pernah disalah sebut oleh Datuk,  bukanlah sesuatu yang diada-adakan tetapi sudah ramai yang tahu sama ada melaluiinternet – Youtube dan dalam sembang-sembang kedai kopi,  hatta saya percaya bahawa perkara telah dimaklumkan kepada pihak berwajib.  Sementara menanti apa kata pihak berwajib,  saya juga merasakan tidak salah bagi saya untuk mengutarakan perkara ini sebagai pendapat konklusif dari saya sebagai insan,  ahli PSSCM,  anak bangsa dan rakyat Malaysia.  Maka rasa tidak selesa ini untuk mencari tempat rujuk dan adalah mustahil hanya ada dua tempat sahaja wajar untuk dirujuk, iaitu YM Tuan Hj Ishak dan Datuk.  Pun begitu Tuan Hj Ishak meminta kami membetulkan syahadah Datuk tetapi ramai anggap kami berbohong dalam isu ini.  Puas kami merujuk kepada ramai alim dari alim fiqh sehingga alim dalam Hikam,  tetap semuanya mendapati syahadah itu salah.  Inilah penjelasan atas pendirian saya yang konklusif:

a.   Lafaz kalimah syahadah tauhid yang tidak lazim.   Assyahadu Allah ilaha illallah.  Bukan sahaja tersasar dari maksud rukun dan syarat yakni naf├»  dan ithbat,  kalimah yang terkalam boleh dipertikai:
i.   Keseluruhan kalimat itu tidak membawa erti yang sesungguhnya.  Diterjemah secara lafazah adalalah Aku menyaksi (atau naik saksi) Allah Tuhan melainkan Allah.   Terdapat ada tiga kekeliruan/khilaf.   
         Pertama.  Siapa Tuhan dan siapa Allah.   Allah dalah nama bagi empunya  Zat, Sifat, Asma’ dan Afaal.  Tuhan adalah untuk      disembah        dan apa yang kita   lazim ucapkan adalah tiada tuhan lain seperti Tuhan yang empunya Zat, Sifat, Asma’ dan Afaal  kecuali   Allah yakni itulah Tuhan yang kita sembah. 
        Kedua.    Allah yang mana telah disaksikan oleh Datuk, kerana Allah adalah nama bagi ZatNya, walhal Allah itu tidak dapat diumpamakan atas sesuatu.   Hatta tidak ada satupun insan di alam syahadah ini pernah bersaksi /melihat kepada  Zat  kecuali Nabi Muhammad SAW dan ini kita percaya dan beriman  atas sifat kerasulannya.  Maka harus kita faham bagaimana  pula Datuk mampu memperjelaskan rupa Zat yang disaksikan. 
         Ketiga. Atas perlakuan ini kami dinasihat supaya jangan ikut dan harus tolak kerana bukan sekadar salah, malah menjadi syirik  dan boleh termurtad. 
ii.   Sehubungan dengan kalimah yang pernah dibawa Datuk, adalah bersamaan dengan pegangan dan pakaiangolongan Khadiani yang mana ternyata ditolak aqidahnya dan  telah dihukum  kafir oleh  ulama sunnah waljamaah.  Sila rujuk kepada mana-mana ulama muktabar.

b.   Tiada penjelasan konkrit dari  kepemimpinan PSSCM.   Kalimah tidak lazim ini bermula pada majlis ijazah rasmi yang pertama bagi Datuk selaku Guru PSSCM, di PL  Kuang pada 22 Jul 2009 dan sesiapun tidak menyedari  akan khilafnya kalimah tersebut.  Kekhilafan ini pertama kali dikesan  adalah di Johor Bharu dan cerita mula tersebar dan setiap kali majlis ijazah asas perkara dapat dikesan, lalu menjadi sangsi di antara para hadirin yang prihatin.  Perkara telah dirujuk kepada YM Tuan Hj Ishak,  yangmana beliau meminta perkara ini dapat diperbetulkan. Sehubungan dengan itu beberapa orang yang berani dan bertanggungjawab membuat pertanyaan kepada pihak persatuan.  Akan tetapi bukan penjelasan diterima malah mereka ini di ambil tindakan digantung sebagai tenaga pengajar atas alasan tidak hadir pada sesi penyiasatan dan  salahlaku dalam kaedah menyampaikan teguran atau pertanyaan.  Perkara yang sama menjadi  agenda Mesyuarat Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat pada 23 Ogos 2009 yang mana dipengerusikan oleh Datuk.  Penjelasan  diberi  bukan salah ucap tetapi berlaku kerana telo dari lidah Datuk  seorang keturunan India.  Malangnya penjelasan itu duhujahkan oleh Setiausaha Agung dan  bukannya dari tuan punya diri yang disabitkan yakni Datuk.  Bagaimanapun saya masih tertanya-tanya  apakah yang dimaksudkan  SUA, dalam penjelasannya bahawa kelainan pada ucapan Datuk adalah tidak sama seperti di dalam hatinya.  Datuk bak kata loghat utara 'haram  sepatah’  tidak bersuara dalam isu ini.  Beliau hanya bersuara selepas perkara tersebut  diputuskan dan cuma memberi  komen-komen atas  isu/agenda lain.  Di sini berlaku satu peristiwa  salah seorang dari AJK, Penolong Pegawai Penerangan Komdr Roslizan (B)  telah memufarakah  dari  barisan Jawatankuasa   Pusat.  Saya  sendiri pada mesyuarat tersebut masih tergamam dengan peristiwa tersebut tetapi  masih  memberi komitmen dalam mesyuarat dengan menyatakan apa yang saya faham bahawa  Datuk  hanyalah seorang pelaksana tugas-tugas Guru Utama dan Presiden; dan Guru Utama dan  sebenar  Presiden masih lagi YM Tuan Hj Ishak.  Malangnya mesyuarat telahpun dan tetap  putuskan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa bagi usul  jawatan Guru Utama kepada Datuk tanpa undi  dan bahas,  ini adalah kerana bagi mengukuh kedudukan  Datuk selaku Guru Utama yang tidak mahu dijadikan isu,  lebih-lebih lagi  kerana  ada petisyen  dari kalangan ahli bersabit dengan kalimah syahadah.   Saya tidak mahu bicara tentang kesahihan aturan dalam perlembagaan kerana ini adalah isu yang berasingan,  bersabit dengan fakta  undang-undang tubuh yang mungkin ada perkara-perkara samar dan boleh jadi satu bahas yang  panjang.   Sepertimana saya katakan bukan kemenangan yang  dicari tetapi menyata dan berpegang kepada kebenaran. Kemudian  secara pribadi saya turut mecari fakta-fakta kejadian,  selain dari  rakaman Youtube saya turut mendapat input dari beberapa orang dan di sini saya tidak mahu  namakan sesiapapun sebab saya sangat percaya dan tidak mahu melibatkan mereka  secara  khusus.  Saya dengan pendirian saya, terpulanglah kepada saudara untuk menyiasat bagi  semua  dalil dan borhan.  Dan atas pencarian ini, maka dirumuskan:

i.   Rakaman video  Majlis Ijazah di Kuang pada 22 Jul 2009 tidak ditunjukkan kepada ramai, pada  hal hari dan tarikh tersebut merupakan sebagai  tarikh keramat yang sungguh bermakna  kepada persatuan dan Datuk sendiri.   Rakaman ini dikendali oleh Jabatan Penerangan.   Carilah  ‘master  copy’ yang asal,  tidak edit.   Perkara ini dijadikan simpanan/dokumen SULIT kerana  mereka yang  terlibat tidak nampak akan khilafnya di  peringkat  awal.

ii.   Pasca Majlis Ijazah di Johor Bharu.  Perihal kelainan bunyi syahadah ini turut  ditanya oleh  beberapa   ahli senior,  Datuk memberi jawaban bahawa dengan kalimah seperti tersebut,   akan langsung  terus sampai ke atas. Salah atau tidak bukan ukuran saya tetapi jelas Datuk telah mengaku itulah kalimah yang dibawanya,  satu kalimah tidak lazim.  Untuk makluman saudara, ada laporan bahawa kini (mungkin sudah berubah) ada tenaga pengajar terus menjadikan kalimah tidak  lazim ini selaku pakaiannya, hatta dalam solah sendiri.        
                      
iii.   Majlis Ijazah di UPM, Serdang.  Dilaporkan dalam ucapan Datuk, ada  menyebut bahawa  ada  pihak  yang ingin tahu dan  mencabar aqidahnya dan setelah itu  semasa membuat  ijazah  berlaku  sedikit  keganjilan.  Bermula dengan kalimah tidak lazim dan selang kemudian bertukar kepada lazim dan  kemudian   disambut semula dengan kalimah tidak lazim pada peringkat akhiran pengijazahan.   Maka  adakah ini dapat dipadankan sebagai telo jika sekejap salah dan sekejap lagi betul.   Bagi  saya  yang hak dan batil tidak dapat bersatu.     
                        
iv.   Pada peringkat awalan dalam majlis-majlis ijazah dan bukan ijazah dijadikan larangan  untuk membuat rakaman audio atau video, kecuali jika dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.   Maka apa disajikan seperti dalam Youtube adalah rakaman curi-curi.  Soalnya kenapa takut kerana majlis untuk ramai bukan khusus untuk disampaikan pesan-pesan ilmu sir/rahsia.   Seharus hendaklah berani kerana benar dan jika mungkin ada pihak yang ingin manupulasikan  sesuatu perkara, maka itulah guna adanya rakaman Jabatan Penerangan.

11.   Dengan penjelasan yang dirumuskan ini,  saya dengan berani, tegar dan bertanggungjawab mengatakan bahawa Datuk adalah seorang pembohong kerana tidak bertanggungjawab atas prilakunya sendiri, malah boleh saya takrifkan sebagai pengecut , takut berhadapan dengan ramai untuk menjelas perkara-perkara ini, jika ia benar.

12.   Inilah yang saya ingin sampaikan kepada saudara untuk memberi  pertimbangan yang wajar sebelum perkara buruk berlaku.  Apakah saudara sanggup mencemari aqidah anak bangsa,  adakah wajar kita dipimpin oleh seorang yang bersifat sedemikian. Terpulanglah kepada saudara untuk membuat pendirian masing-masing,  yang pentingnya saya telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya. Bagi saya secara peribadi isu kalimah tidak lazim adalah petunjuk jelas lagi mutlak untuk menafikan bahawa Datuk adalah bukan yang Hak, masakan sesuatu yang lazim sejak zaman Nabi Adam as sampai sekarang maka Allah kurnia satu yang tidak lazim kepada seorang manusia  seperti Datuk.  Masakan Allah mahu merosak seorang yang sangat hangat dan hebat  menggelarkan dirinya kuat pembawa tauhid,  bahkan telah bersalin lidah dengan guru Al Quran.

13.   Sebagai satu hujah, mungkin saudara mahu katakan khilafan itu boleh berlaku atas sifat makhluk, sifat baharu sebagai alam yang kena jadi dan kini beliau, yakni Datuk telah kembali normal, setelah memperbaiki telonya. Dari segi akal mungkin harus baginya memperbetulkan keteloran beliau dan tetapi ada yang  berpendapat telo adalah satu yang sukar diubah, kerana ini dikait sangat atas keturunan.   Maknanya sejak awal itulah fasih tak fasihnya dan dari awal sampai kini dan sudah tentu  boleh dijadikan sebagai identiti tersendiri.  Bagi saya bukan dia boleh berubah menjadi betul atau tidak, tetapi apakah akan dan telah terjadi kepada mereka yang berijazah dengan Datuk.   Sepertimana telah saya katakan, bahawa kalimah tidak lazim ini menjurus kepada syirik dan murtad.  Jika benar telah dapat dibetulkan dalam fasih ucapan, apakah harus berlaku sebagai seorang yang bertanggungjawab membawa satu yang sangat kufur. Saya tidak mahu jawab, sebaliknya saudara harus mencari formula dengan merujuk kepada ikhtibar dari sejarah lalu dan juga pada mana-mana ulama dan mereka yang arif.

14.   Bagi saya, saya sangat bersyukur kerana Allah telah memberi taufiq dan hidayahNya  serta keberanian kepada saya untuk jelas dan nyatakan perkara ini, walaupun nanti saya akan dicemuh sebagai petualang dan perosak persatuan dan ataupun sebagainya.  Hanya kepada Allah juga saya serahkan kerana tiada daya upaya saya untuk menentang kehendakNya.  Saya turut bersangka bahawa kemelut ini,  jika boleh ditakrifkan sebagai kemelut akan menjejaskan status keahlian dalam PSSCM tetapi saya tetap dengan pendirian bahawa bukan nama, bukan jawatan dan bukan kemenangan yang saya carikan tetapi perjuangan saya adalah berpegang kepada yang benar dan terus menyatakan yang benar.

15.   Dalam surat ini, tidak terniat saya untuk memburuk-burukkan sesiapun,  hatta Datuk sendiri, tetapi kerana hakikatnya saya harus dan terpanggil menjelaskan atas kebenaran keadaan demi anak bangsa, rakyat dan Islam, agama kita yang suci. Jangan sampai mahu pertahankan instutusi PSSCM,  aqidah kita semua tercemar.  Kepada Allah hendaklah kita kembalikan  dan kepada Allah jua saya panjatkan segala ampunan sekiranya, saya salah dari segi adap dan adat, bagaimanapun saya tetap tegar dengan inilah pendirian saya, yang harus saya panjangkan kepada semua melalui saudara, selaku YDP Cawangan negeri atau setaraf di peringkat IPT.   Sesugguhnya dari Tuhan kita datang dan kepada Tuhan juga kita akan kembali.

16.   Sebagai penutup disarankan kepada saudara dan semua ahli agar merujuk dahulu secara sulit kepada kenalan alim dengan seikhlas-ikhlasnya,  agar anak bangsa kita tidak teraniaya  kerana pendirian kita yang taksub kepada persatuan.

17.   Akhir sekali terima kasih kerana membaca surat ini. Wassalam.

Sabda Rasullah Nabi Muhammad SAW
 …………..
 berkatalah kamu dengan benar walaupun yang benar itu sungguh  menyakitkan
 …………


 Yang benar


…………
[Nota : surat asal ini telah kami terima bertulisan Melayu iaitu dalam tulisan Jawi dan telah di Rumikan 
agar yang ramaidapat membacanya. Agar faham kandungan isi surat ini, 
maka ramailah dapat membuat panduan serta memberi pandangan 
semoga kemurnian yang benar terjaga tanpa terjaja]

Friday, May 28, 2010

Aku Pengganti



'Silat Cekak Hak Pusaka Bangsa Melayu'


Agenda Notis Mensyuarat Agong Luar Biasa PSSCM 













Apa pesan YM Guru Utama sebelumnya? JANGAN TERIMA!




(sila dengar baik-baik klip disebelah, saksi hidup pada ketika itu juga ramai)





1. Amanat yang tergenggam kemas




KAMI tidak akan melepaskan klip video ini tanpa panduan yang jelas pada ahli. Bertujuan membuktikan kata-kata Yang Mulia Guru Utama Silat Cekak Tuan Haji Ishak Itam itu adalah benar belaka.
Apa yang hendak KAMI sampaikan ini juga bukanlah sesuatu yang telah dirancang, tapi mengambil tempat dalam susunan perkara yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Jika mereka merancang maka Tuhan-lah yang menentukan. Begitulah adanya.
Sesungguhnya, apa yang telah diungkapkan oleh Yang Mulia Guru Utama PSSCM Tuan Hj Ishak Itam pada tahun itu (2004), pada malam itu, pada jam itu, pada saat dan ketika itu adalah alamat daripada Tuhan-nya.
Secara tepat beliau memberitahu apa yang akan berlaku dan telah pun berlaku hari ini. Notis MAP LB PSSCM yang tersiar didada akhbar Utusan Malaysia adalah sebagai buktinya.
Cuma beliau, samada tahu (mungkin merahsiakan nama) telah mengkiaskan watak utama itu sebagai 'Iblih'. Ternyata watak yang disebut PENGGANTI itu telahpun diisi dan disebut dengan jelas dalam kenyataan rasmi SUA PSSCM. Maka ini adalah cerita berkenaan WATAK bukan cerita individu. Jangan pula disalah tafsir!
2. Dengar dengan Telinga, tengok dengan Mata
Apa yang telah KAMI tengok dengan MATA, dan dengar dengan TELINGA, dan telah KAMI fikir sedalam-dalamnya berdasarkan bukti dan keterangan telah KAMI kumpul. KAMI siasat, KAMI bincang, KAMI timbang dan telah KAMI halusi, maka ia jelas menunjukkan Yang Mulia Guru Utama memang bercakap benar.
Apa katanya:
"Walau sapa pun TUHAN YANG ANGKAT jadi pemimpin dalam perjuangan Silat Cekak, tetap kita ikut. TAPI kalau dia mai pertikai "aku pengganti" jangan terima dia Iblih. Ha itu Iblih tu...jangan terima!
SAMPAI TUHAN ANGKAT. DIA PUN TAK TAHU. Macam saya dulupun saya tak tahu nak jadi pengganti. TAPI ahli Silat Cekak semua terima saya sebagai pengganti.
Sesungguhnya pandangan seorang guru yang mursyid lagi siddiq itu jauh mendahului zaman. Oleh itu, KAMI bukan mengada-adakan cerita, tapi hanya menyampaikan berita!
3. Tayangan video membuktikan kebenaran "aku pengganti"
KAMI sebenarnya cukup berterima kasih dengan tayangan video dan ceramah2 yang telah diberikan oleh golongan yang mendakwa mereka membawa kebenaran. Sesungguhnya, memang mereka membuktikan kebenaran -- kebenaran kata-kata Tuan Haji Ishak Itam.

Tanpa video dan sessi ceramah, tidak dapatlah KAMI hendak membuktikan kebenaran ‘alamat’ yang telah KAMI simpan. Ia sebenarnya memudahkan kerja KAMI. Dan sesungguhnya apa yang telah di atur oleh Allah taala itu betul belaka! Alhamdu’lillah.
Dalam video itu, sepatah pun tidak YM Guru Utama menyebut nama pengganti-nya. Yang telah di 'quote' adalah kata-kata orang kiri-kanan-nya. n
'Quote' yang sebegitu hanya sesuai digunakan andaikata Tuan Haji Ishak Itam telah meninggal dunia. Tapi dia ada lagi, tak kan nak dengar cakap orang. Mestilah KAMI pergi jumpa tuan punya badan. Tuan punya badan tak kata apa pun. Camana tu?
Mungkin mereka (kru-kru majalah 3 ¼) ini telah berkira-kira bahawa Yang Mulia tidak panjang umurnya. Jadi mereka pun standby-lah dengan rakaman-rakaman sebegitu. Mereka cuba mengada-adakan bukti! Itu pun mereka tidak dapat jawapan tepat. Yang dapat jawapan tepat itu nampak-nya KAMI-lah kot?
Sebab ada perkara yang membataskan-nya, iaitu Hikam. Faham apa dia Hikam? Dengar tak ni?
Ustaz Hanafi tidak pernah mengaku jadi pengganti sewaktu Pak Haji Zain masih hidup, dan Pak Ak pun tidak pernah tahu yang dia bakal pengganti waktu Almarhum Ustaz Hanafi masih hidup Jadi siapakah gerangan-nya yang tiba-tiba meng- "aku pengganti" dalam keadaan Tok Hikam yang ada masih hidup?
Dan ingat saudara/i sekalian. Jika ada dikalangan kamu yang pernah mengucapkan yang sama "aku pengganti" atau yang sama maksud dengan-nya, maka dia juga adalah Iblih. KAMI tidak pilih bulu atau kroni. Ini peringatan buat semua yang perasan nak jadi guru!
Hari ini KAMI berurusan dengan yang NYATA. Jangan ingat KAMI tidak tahu, masih ada yang kedepan ini yang perasan nak jadi guru.
4. Tak Pernah Cakap Bohong?
Dalam video yang sama, KAMI kesan satu masalah yang bersangkutan dengan 'statement' Jurucakap Majlis yang mengandaikan secara 'face value' bahawa "Setahu saya dia @ maideen tidak pernah cakap bohong...".
Ini penting kerana berdasarkan 'statement face value’ inilah terletaknya asas kepercayaan bahawa "pengganti" itu adalah individu yang bernama ‘Saithu Maideen bin Katharisa'. Kerana menurut pandangan peribadi Jurucakap Majlis, individu tersebut tidak pernah cakap bohong.
Baik, kita tinggal-kan dahulu individu yang dikatakan oleh Jurucakap Majlis yang tidak pernah cakap bohong itu, tapi kita rujuk kepada pembuat 'statement' itu sendiri iaitu Jurucakap Majlis.
Pernahkah secara peribadi Jurucakap Majlis itu berbohong pada ahli-ahli Persatuan sekalian? Pernahkah secara peribadi Jurucakap Majlis itu berbohong pada Guru Utama Silat Cekak?
Jika pernah, bermakna 'statement'-nya boleh-lah dianggap batal kerana secara logiknya dia boleh jadi tidak bercakap benar apabila mengatakan ‘individu’ yang dimaksudkan itu tidak pernah cakap bohong. Ini bermakna “aku pengganti” tidak sentiasa bercakap benar.
Mana ada manusia yang tidak pernah cakap bohong melainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat-nya yang bersifat dengan Siddiq? Sebagai manusia biasa kita tidak akan lepas dari berbohong, sebab itulah dilapik kita dengan pesan Rasullullah s.a.w supaya beristighfar sebanyak yang mungkin.
Oleh itu agak sukar KAMI hendak mempercayai ‘statement face value’ yang longgar sebegitu sebagai penentu guru mana yang kami nak ikut.
Sekurang-kurangnya, KAMI telah membuktikan bahawa guru KAMI iaitu Tuan Haji Ishak Itam bercakap yang benar dalam situasi ini – berdasarkan bukti-bukti nyata yang telah kami berikan.



Dan terbukti hari ini, bahawa si Aku Pengganti bercakap bohong apabila mengatakan "tiada 2 guru pada satu masa," tapi pada masa yang sama mengangkat diri menjadi Guru Utama.


Terbukti juga jurucakap (dalam klip video roadshow) dan si Aku Pengganti (dalam klip 'konspirasi yang terbongkar) memang mempunyai sifat pembohong!
5. Watak sama, plot sama, pelakon baru
Watak yang dimainkan bukannya watak baru. Sebenarnya watak ini sama seperti yang telah di mainkan oleh seorang 'mahkluk Allah' sewaktu meng-aku sebagai Guru Silat Cekak suatu masa dahulu.
Cara mereka sama sahaja, dengan menggunakan video tape, rakaman, surat serahan dan sebagainya. Plotnya tetaplah sama babak 'penyerahan mandat' . Cuma kali ini para pelakonnya berbeza. Skripnya tetap sama, "saya dah serah...". Ramai yang terpengaruh dan bertindak mengambil pendirian berbukti dengan rakaman itu.
Ia sememangnya amat menyakinkan bagi mereka yang lemah semangat. Jika dimainkan semula video yang telah dimainkan oleh golongan-golongan terdahulu (CH) itu, pasti ramai penyokong si "aku pengganti" sekarang beralih arah menyokong pula pada Md Radhi, kerana kredibiltinya sebagai  'anak Ustaz' itu adalah point penting.
6. Isyarat untuk bertindak
Dahulu mungkin ada dikalangan ahli yang bermatian meng-iyakan yang guru CH itu sebagai Iblih (rata-rata mereka yang menyuarakan itu adalah para pendokong si Aku Pengganti termasuklah si Aku Pengganti sendiri) kerana tindakannya itu berjaya memecah-belahkan persatuan.
Lalu timbulah alasan dari pihak CM mengatakan bahwa "Pak Ak hanya serah silat sahaja, bab hakikat tak boleh serah," dan "jawatan guru itu adalah jawatan seumur hidup!" Dan kefahaman itu lah yang dibawa dan ditanam dalam minda ahli PSSCM sekalian. Ha kali ini mengapa pula lain jadinya?
Dan AMANAT yang YM Guru Utama sampaikan itu pula adalah 11 tahun sesudah krisis 1993, ini bermaksud dia memberitakan apa yang akan berlaku. Secara jelas juga si Pemegang Watak terbaru ini telah pun menepati ciri-ciri yang disebutkan oleh Yang Mulia Guru Utama dahulu.
Maka apabila syarat utama itu dipenuhi ia menjadi ISYARAT UTAMA pula untuk kami bertindak. Menariknya antara isyarat lain yang KAMI dapati adalah dari video yang mereka tayang itu sendiri – memang terbukti berat sebelah (video road show dan kali ini video penyerahan yang dibuat-buat).
KAMI sendiri tidak menyangka perkara ini akan berlaku dengan tepat! KAMI tidak akan memandai-mandai jika perkara yang telah dialamatkan itu tidak berlaku, andaikata ia berlaku juga di lain masa dalam konteks yang sama, tetap KAMI siarkan bagi membetulkan keadaan.
Ingin kami tegaskan, ini bukan untuk meng-aibkan sesiapa! Tetapi adalah amanah yang KAMI terima. Masanya sudah sampai untuk berpesan pada kebenaran.
Seperti mana KAMI tidak menerima Md Radhi – atas perbuatannya, seperti itulah juga KAMI menolak si Aku Pengganti yang mengaku menjadi guru – juga atas perbuatannya sendiri. 


Watak, perbuatan dan percakapan mereka sama sahaja. Kedua-duanya telah mengatakan dengan jelas bahawa YM Tuan Haji Ishak Itam hanya pembawa amanah. Nak kata 'pengkhianat' teruk sangat, KAMI kata IBLIH-lah. (Guru yang cakap bukan KAMI yang cakap)
Cuma yang terbaru ini menggunakan propaganda murahan, siapa tidak terima maka dia derhaka pada guru. Habis siapa yang tidak menyokong di halau, dipecat dari Persatuan.
Disuruh cari guru lain. Ahli-ahli tidak dibenarkan berfikir dan menyuarakan pandangan. Dengan bongkaknya ahli-ahli digertak, di ugut, disisih dan berbagai lagi. Ini zaman millennium. Guru Utama pun tidak pernah menghalang muridnya dari berfikir. KAMI juga bukan ghurka.
Zalim memang zalim. Bak kata Tuan Haji Ishak Itam, zaman ini adalah zaman firaun. Boleh jadi kerana tiada ‘ruh silat’ pada si "aku pengganti".









Kebenaran itu sebenarnya ada pada kata-kata ini, dan kejadian di Perak dan Selangor pula membuktikan kelakuan dan tingkah-laku ganas mereka dengan nyata:






7. Ada yang masih sangsi?
Mungkin ada yang bertanya, apa perlu cerita ini dikeluarkan? Kami hanya membenarkan kata-kata guru. Bersalah-lah KAMI, jika membisu dan tidak membantu Yang Mulia Guru Utama dalam keadaan beliau tidak begitu cergas seperti hari ini.
Dan pada pandangan KAMI, sesungguhnya YM Guru Utama tidak akan 'diberitahu' supaya ''memberitahu' KAMI perkara ini (5 tahun dahulu) jika bukan untuk membuktikan apa yang telah di alamatkan oleh Tuhan-nya itu adalah benar - bukti nyata seorang guru yang Siddiq lagi Mursyid.
Ini juga bukan bermakna KAMI taksub kepada YM Tuan Haji Ishak Itam. Tidak sama sekali. Sesiapa pun boleh jadi Guru Utama Silat Cekak, tetapi bukan melalui caranya yang pelik dan tidak betul bak rampasan kuasa seperti yang berlaku hari ini.
Akan menjadi penyesalan berpanjangan jika KAMI membiarkan ahli-ahli terus diperdaya oleh 'Iblih.' Maka perjuangan asal sudah tentunya akan diselewengkan. KAMI sendiri sudah tentunya tidak mahu bergurukan 'Iblih.' KAMI juga tidak pentingkan diri sendiri. KAMI juga tidak mahu bersekongkol dengan Iblih.
8. YM Tuan Haji Ishak Itam kasih pada ahli-ahli PSSCM
Seperti yang kita sedia maklum, Yang Mulia Guru Utama sangat kasih pada ahli-ahli PSSCM. Dan kami ingin berkongsi rasa kasih itu dengan saudara/i sekalian. Sudah tentulah beliau tidak mahu ahli2 PSSCM dipimpin oleh bukan orang-nya. Jika tidak kerana kasih, kenapa pula beliau memberikan petua mengenal Iblih?
Semestinya perjuangan suci murni ini ada penjaga serta pengawalnya. Sesungguhnya bagi yang faham, Allah s.w.t sentiasa memelihara Hamba yang berjuang di jalan-Nya. Pertolongan pasti sampai pada saat dan ketika yang telah ditentukan. Maka anggaplah ini sebagai 'check and balance' buat sesiapa yang masih sangsi dan ragu akan daulat Silat Cekak.
Jika dihalusi asal-usul Iblih itu pada asalnya mahkluk yang taat dan kuat beribadat. Adakah ini juga satu kebetulan atau pengajaran buat ahli-ahli sekalian? Apakah kerja Iblih itu saudara/i sekalian? Kaji sifat Iblih.
Disamping Iblih. siapa lagi yang sebenarnya cuba meracuni fikiran dan memecah belahkan kita wahai saudara/i muslimin dan muslimat? Watak siapakah sebenarnya yang mereka lakonkan ini? Bukankah ini watak yahudi-freemason yang sememangnya ber-tuankan Iblih?
Golongan yang berfahaman “freemason” memang telah wujud lama dahulu. Bersekongkol dengan firaun dan Iblih menentang Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s.
9. Apabila gerak menjadi DUA
Dalam konteks Silat Cekak, KAMI ulangi, dalam konteks Silat Cekak, Yang Mulia Guru Utama telah berkali-kali menekankan fahaman tauhid melalui jalan silat iaitu: "Tuhan itu Sa, tidak boleh ada dua GERAK pada satu maSa, jika ada, maka satu hak dan satu batal."
Ramai yang macam faham konsep ini tapi sebenarnya tak faham. Jika di kenakan konteks itu dalam situasi sekarang maka: "Tuhan itu Sa, tidak boleh ada dua GURU pada satu masa, jika ada, maka satu hak dan satu batal." Maka tetaplah ada perbezaan - molekul air dan minyak mana boleh bersatu, tiada persamaan walaupun kedua-dua entiti itu dalam kategori cecair.
Untuk ahli yang faham, bersungguhlah mereka berusaha supaya mereka ditempat yang hak bila keadaan mendesak (takut-takut Tuhan tak beserta), buat ahli yang tak faham, mana2 pun oklah. Kalau kita mengambil mudah pesan guru, maka mudah jugalah kita termakan kata kawan bila keadaan menjadi sebegini rupa. Tiada pendirian.
Seterusnya kepada ahli yang berjumpa Guru Utama tetapi telah diberi lorongan supaya mengikut si”aku pengganti”, sedarlah bahawa itu adalah tanda dimana kamu telah pun diuji. Andaikata tiada berdetik di hati kecil kamu sekalian berkenaan masalah ini, dan tanpa sangsi langsung terus menerima si”aku pengganti”, maka kamu masih belum faham adat dan adap berguru. Jangan kecil hati jika KAMI kata kamu adalah golongan yang tidak berfikir!
Kenapa tidak sedikit pun tidak terdetik di hati kamu semua untuk berfikir akan kenyataan guru itu? Adakah selama ini kamu-kamu sekalian berguru buta, menelan bulat-bulat segala kata guru tanpa kajian atau tapisan?
Sebagai contoh, andaikata bapa kamu tiba-tiba mengatakan bahawa “wahai anak, saya bukan bapa kamu lagi, bapa kamu adalah si polan bin si polan,” adakah kamu akan menerima kata seperti itu bulat-bulat?
Pasti paling kurang pun terdetik, “aik, apahal pulak tiba-tiba kata lagu ni, apa sebab dan pasal apa bapa berkata macam tu". Jika kamu orang yang berfikir, sudah pasti kamu akan menyiasat kenyataan itu. Dan andaikata kamu menafikan-nya, adakah kamu akan tergolong dalam kategori menderhaka kepada bapa kamu? Tentunya tidak bukan? Apa takrif derhaka?
Antara guru, ibu dan bapa – hakikatnya mana lebih tinggi tingkat dalam hirarkinya? Andaikan pula Ustaz Hanafi yang mengatakan begitu? Dan Ustaz Hanafi pernah berkata "kita berguru kena pakai akai!"




10. Hakikat gerak itu nyata bukan konsep
Jika kita mengambil faham bahawa hakikat gerak itu Dia yang punya, maka tidak perlulah kita risau akan pengganti guru. Berserah sahajalah. Sebab apabila sampai masa 'pengganti' itu diangkat, satu manusia pun tidak akan berdetik mengata Tidak...sebab hati itu Dia yang punya. Bukan Man Belon yang punya.
Buktinya berkenaan masalah hati itu terdapat pada kata-kata ini:
"SAMPAI TUHAN ANGKAT. DIA PUN TAK TAHU. Macam saya dulupun saya tak tahu nak jadi pengganti. TAPI ahli Silat Cekak semua terima saya sebagai pengganti."
Tidak perlulah kita menjadi seperti ahli politik menyusun strategi berbagai kerana takut yang di angkat itu bukan dari kalangan kita. Yang menghairankan, kenapa ada segelintir pihak menjadi takut lalu menakut-nakutkan ahli, padahal kita di ajar jadi berani?
Mengikut sejarah yang telah disampaikan, YM Tuan Haji Ishak Itam, apabila pertama kali duduk atas kain putih, diam selama dua jam, sebab tak tahu apa yang hendak dilafazkan.
Memang pun beliau tidak pernah tahu - sebab tiada terlintas niat beliau hendak menjadi guru. "Saya pun tak sangka nak jadi guru... tapi DIA bagi mudah ja." (mudah-mudah pun dekat 2 jam jugak)
Maksud-nya, guru selepas ini pun pasti-kan sama. Orangnya tiada niat langsung nak jadi guru. Automatik Tuhan kurnia - maka sampai dia berserah penuh ke hadrat Allah taala, baru Tuhan beserta. Maka semua jadi mudah. Begitulah saudara/i sekalian.
Tidak percaya lagi? Pernah dengar kisah ahli bergaduh tapi tak tahu apa yang dia buat, sedaq2 tersandaq ja musuh...mana nak letak kisah ini? Itulah gerak yang Tuhan berserta - kita serah ajelah.
Belajar silat tapi tak faham lagi ke? Bergantung hati sepenuhnya pada Allah taala bukan bergantung hati pada strategi politik. Mana boleh berguru pakai kroni. Kalau guru dok ajar pun masih buat silap, maka kena berguru lagilah sampai boleh. Makna kata belum boleh jadi gurulah. Itu faham KAMI.
11. Pecah kerana teringin nak jadi guru
Kes-kes perpecahan sebelum ini berpunca pada perkara yang sama, mengaku menjadi guru sebelum tiba masa, yakni sewaktu guru yang hak masih ada. Maka bertembunglah yang hak dan yang batal - kita patut jadikan iktibar. n
Oleh itu saudara dan saudari ahli PSSCM yang di kasihi. Peringatan itu jelas dan nyata. Panduan-nya telah KAMI terima, KAMI genggam kemas. Sudah sampai masanya 'buah sebijik' ini kami lepaskan!
12. Bukti bertulis agenda yang tidak mengikut perlembagaan PSSCM
Sebagai bukti lain, bukankah agenda utama diatas adalah Menerima, Mengesah dan Mengisytihar Guru Utama Pengganti. Bolehkah kita menganggap perkara ini secara tidak langsung mempertikai Guru yang sedia ada (seumur hidup) dan secara adatnya melanggar etika perguruan Bangsa Melayu?
Pada KAMI, jelas agenda ini bertujuan membatalkan yang hak. Silat Cekak ini ber-tuan, dan tuan-nya masih hidup. Dia ber-hak atas silat-nya. Bagi KAMI tiada istilah HILANG KELAYAKAN buat Guru Utama Silat Cekak.
Siapakah kita untuk mengatakan begitu? Ada sesetengah persatuan menjadikan jawatan Guru Utama umpama Pengerusi Syarikat - tiada kuasa eksekutif. Silat Cekak bukan begitu. Kena faham tu. n
13. Kefahaman ahli PSSCM mengenai jawatan Guru Seumur Hidup
Seterusnya, apakah kefahaman sebenar ahli-ahli PSSCM sewaktu bersetuju bahawa jawatan Guru Utama itu adalah jawatan seumur hidup?
Pada pandangan KAMI, ia sebenarnya bukan pada jawatan itu, tapi apa yang dibawa oleh Guru Utama Silat Cekak itu sendiri. Apa yang dibawa-nya memang tidak boleh dipindah milik.
Silat mungkin boleh diperturunkan tapi bab hakikat itu kurnia. Bolehkah pingat dan kebesaran yang di kurnia oleh DYMM Yang Dipertuan Agong di wariskan kepada anak cucu?
Boleh kah pangkat Tun, Tan Sri, Dato Seri anugerah yang kita terima di letak pada pangkal nama anak sesuka hati? Tentulah tak boleh sebab itu hak dia macamana dia nak bagi. Sedangkan kurnia atau anugerah DYMM Agong kita tak boleh serah bagaimana pula dengan kurnia dan anugerah Allah taala. n
Andaikata kata kita nak juga pakai pangkat Dato Seri yang dianugerah kepada ayahanda kita, walaupun secara logik-nya tidak boleh, tapi kita nak juga, maka pakailah dan tanggunglah sendiri akibatnya. Itu menunjukkan kita tidak faham akan maksud kurnia. Jika tembelang kita pecah, berjawablah dengan masyarakat.
Hanya kanak-kanak yang selalunya merengek hendak minta sesuatu...selagi tak dapat selagi itulah dihimpitnya kita ibu-bapanya. Sebagai ibu-bapa, tahu-tahu ajelalah perangai budak-budak. Mana faham kata 'tak boleh', mana reti bahsa. Tengok ajelah video itu, semuanya dok merengek-rengek... n
Mengikut sejarahnya, semasa Md Radhi datang minta untuk dipulangkan kembali, beliau menceroboh kediaman Ustaz Ishak Itam sampai panjat pagar (video ini juga telah dipaparkan oleh Jabatan Penerangan PSSCM suatu ketika dahulu, dengan apa tujuan KAMI tidak tahu). Itu pun dia tak marah, dia buat dono je, ini kan pula yang masuk cara baik lagi dia tak marah.
Dia ni Guru Silat Cekak - dia baca gerak dan dia berserah. Dia nak tengok puak-puak Iblih dan freemason ni nak pi mana. Cukup ‘time’ kena - telentang. Tak reti lagi?
“Makan segerak (makan gerak dalam gerak) dan dapat menentang musuh samada yang dapat dilihat atau tidak, disedari atau tidak terang atau dalam gelap.” (Ustaz Hanafi, 1973)

14. Ikut-ikutan atau atas pendirian yang jelas?
Yang kita dok ikut ni sebab dia itu terpilih-lah, bukannya pasal silat. Kalau pasal silat, maka Md Radhi itulah yang lebih awal sepatutnya depa ikut. Sebab alasannya "Pak Ak dah serah..."
Ahli perlu faham bahwa Silat Cekak ini bukan silat - tetapi silat. Disinilah tempat-nya licin yang selalu menggelincirkan ahli-ahli dari landasan yang asal, akibat tidak kuat pegangan dan tidak tetap pendirian! Terhoyong-hayang ditiup khabar angin. Boleh jadi kerana sudah tiada 'landasan'lah dengan jelas si "aku pengganti" sebok membina bahtera dan mengumpul anak-anak kapalnya. Tahniah! tahniah!
Antara sebab utama tergelincir adalah tidak faham apa sebenarnya yang dikatakan Muhammad-Ahmad bertimbal balik dan tidak faham 'perjuangan hakiki Silat Cekak'. Tak layak untuk KAMI bercerita kisah ini dikhalayak yang bukan ahli.
15. Bukan sebarang Guru yang boleh bawa Seni Silat Cekak
Uztaz Hanafi adalah seorang yang mendapat gelaran Tok Hikam. Menurut sejarah, Almarhum katam kitab Hikam sebanyak tiga kali bersama Pak Haji Zain.
Sebelum itu Almarhum berguru dengan ramai lagi para ulama dan bertemu ramai faqeh untuk mencari keputusan atas setiap masalah yang bersangkut dengan ilmu Agama. Almarhum juga seorang yang cinta-kan Ilmu, banyak membaca dan bermuzakarah. n
Ustaz Ishak Itam juga bukan calang orangnya. Pernah bertemu Pak Him (Syeikh Abdullah Fahim). Berguru pula dengan Syeikh Salleh Masri dan Haji Ahmad ibni Tuan Hussein Kedah. Pewaris Gayung Fatani dari Panglima Taha. Belajar Silat Cekak dan berguru dengan Almarhum Ustaz Hanafi selama 14 tahun sebelum mendapat gelaran Tok Hikam. n
Kedua-dua mereka ini adalah sebenarnya ahli ugama. Guru ugama yang menjadikan Silat Cekak sebagai platform mendidik masyarakat, umat Melayu di Semenanjung ini. Mereka cukup ilmu ‘iktisabi’ ilmu syariat, ilmu dunia dan akhirat – baru datangnya ‘laduni’. -- kisah "aku pengganti" ini salah satu bukti laduni.
Kisah Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s KAMI jadi-kan sebagai pedoman hikmah sesuatu yang berlaku itu ada sebabnya.
Kalau tidak kerana kejadian ini, tidak zahirlah apa yang terniat di hati mereka selama ni. Betul belaka aturan Allah taala ni...DIA nak bagi nampak! Habuan buat KAMI yang tidak banyak bertanya dan bersabar mengikuti jalan ceritanya!
16. Kelayakan menjadi Guru Ugama n
Bukan-lah KAMI yang menentukan layak atau tidak seseorang itu menjadi guru. Tapi pada faham KAMI, Guru Utama Silat Cekak bukan boleh dibawa oleh sembarangan.
Kelayakkan yang diperlukan menjadi guru yang memimpin perjuangan ini sangat tinggi. ‘Benchmark’ nya telah ditetapkan oleh Pak Haji Zain, Ustaz Hanafi dan Ustaz Ishak.
Kalau setakat boleh membaca jawi, tapi jawi surat khabar utusan Melayu, maka belum boleh lah lagi. Jangan-lah sebab kita tak boleh kita nak mengata orang yang boleh dan ada kelayakan. n
Janganlah kita mengangkat orang jahil jadi pemimpin, itu zalim pada diri sendiri namanya tu. Berdosa kita pada masyarakat, khianat kita pada anak bangsa kita.
Silat Cekak ini hanya kulit sahaja. Bukan matlamat. Ustaz Ishak Itam belajar selama 30 malam sahaja. Tapi dia orang yang sudah terdidik dengan asas pendidikan agama yang tinggi. Begitu juga Almarhum Ustaz Hanafi. "Silat ni buh dalam poket sahaja, bila nak pakai baru bawak keluar..."
Jika kita mendengar syarahan Almarhum Ustaz Hanafi dan Ustaz Ishak, habis semua isi Al-Quran itu dikupasnya dalam bahasa mudah, supaya kita yang 'bengong' ini dapat faham dan terasuh dalam suasana tidak sedar. n
Kebaikan yang ditanam akan teresap di jiwa. Maka secara perlahan-lahan berusahalah kita menjadi manusia yang sempurna, walaupun adakalanya silap dan salah itu tetap ada.
Sayang seribu kali sayang - lah jika ahli-ahli PSSCM tidak faham akan perkara ini. Silat Cekak itu kulit sahaja, ia boleh diserahkan sebagaimana Pak Ya menyerahkan pada Almarhum Ustaz Hanafi, sebagaimana Ustaz Ishak menyerahkan pada Md Radhi. Tetapi bab hakikat dan ugama tidak boleh diserahkan. Ia adalah kurnia Tuhan pada hamba yang dikehendaki-Nya.
Itulah yang ahli-ahli PSSCM kena faham. Dan atas alasan itu jugalah 'mereka' yang hari ini mengaku menerima Guru Pengganti dahulunya menentang Md Radhi. Tetapi hari ini mereka juga melakukan perkara yang sama terhadap YM Tuan Haji Ishak Itam. Maka apa bezanya antara dua golongan ini?
Andaikata kisah Pak Haji Zain dan Ustaz Hanafi yang hidup sezaman di ambil kira, maka kisah Md Radhi dan Tuan Haji Ishak Itam juga patut diambil kira.
Si Aku Pengganti ni kena pergi ambil balik apa yang diserah oleh Tuan Haji Ishak Itam kepada Md Radhi, baru boleh jadi guru. Logik? Tapi pada KAMI nak buat apa nak buat semua itu, sebab guru yang hak ada depan mata.
Kalau hari-hari dok dengar kaset ceramah ustad tapi masih tidak faham juga, entahlah. Ustaz Hanafi dan Ustaz Ishak bukan cerita silat punnnn.
17. Apa maksud Guru Seumur Hidup?
Itulah maksudnya Guru Ugama seumur hidup, sebab Tuhan akan angkat orang yang layak sebagai pengganti bila sampai masanya.
Tapi kalau sebelum masanya sampai tapi ada yang mengaku guru, maka Iblih la tu. Takkan perkara semudah dan se-logik itu kita tidak boleh fikir?
Ini masalah yang bersangkut dengan hati. Kalau hati gelap, gelaplah sampai ke-tua. Tugas KAMI hanya menyampaikan amanah sahaja. Tapi bukan guru. Guru KAMI ialah Ustaz Hanafi dan Ustaz Ishak Itam dan guru-guru yang ber-wasilah sampai kepada Rasulullulah s.a.w
Apakah peringatan yang telah diberikan dahulu? Jika WATAK itu jelas bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan, maka JANGAN TERIMA! (ulang 2 x) kerana ia batal!
Oleh itu ahli-ahli yang menjadi tunjang kekuatan persatuan, setelah peringatan ini disampaikan, masih lagi mahu MENERIMA, MENGESAH dan MENGISYTIHAR?
Maka sebab itulah yang YM Tuan Haji Ishak Itam berkias menyeru kita ahli-ahli persatuan supaya bersatu menentang-kan agenda jahat yang mendatangkan perpecahan. n
Siapa yang punya angkara sebenarnya ini? Bukankah ini kerja Iblih yang mengaku guru padahal Guru Sebenar masih ada? Andaikata si “aku pengganti” ini tidak memandai-mandai mengaku sebagai guru, adakah kita semua akan berpecah?
Andaikata, orang lain yang dinamakan sebagai guru utama dan ahli-ahli pula menerima dengan hati yang terbuka, adakah si “aku pengganti” ini akan turut serta akur menerima serta membaiah? Atau dia pula yang bakal menjadi 'penentang utama'?
Maka sememangnya si “aku pengganti” inilah penyebab perpecahan, kerana baginya pengaruh sudah besar, jika tidak sekarang bila lagi dia hendak mencapai cita-citanya hendak menjadi guru. n
Bukankah berdasarkan percakapan-nya, sudah ter-nampak niat dan cita-cita dihati-nya atas perbuatan-nya hari ini yang terdetik se-awal kemasukan-nya di dalam Silat Cekak 35 tahun dahulu? Sekilas ikan di air, tahu siapa mencari takdir!
18. Bersatu menyokong kepimpinan Tuan Haji Ishak Itam Guru Utama PSSCM
Maka dengan itu KAMI berseru kepada semua ahli PSSCM yang kami kasihi sekalian, bersatulah dibawah kepimpinan Tuan Haji Ishak Itam. Walaupun ‘tersorok’, KAMI sebenarnya ada bersama-sama anda. Sentiasa memerhati.
Marilah bersama-sama kita berganding bahu, bersatu MENOLAK kapten kapal dan kuli-kulinya yang sebok mempersiapkan bahtera yang sedang berlabuh.
Biarkanlah ia pergi meninggalkan kita. Itulah maksudnya. YM Guru Utama cakap berlapik dan berkias. Baca-lah dalam sikit maknanya yang tersirat.
KAMI juga mengharapkan faham ‘orang-orang lama’ yang dalam persatuan semoga bersuaralah. Bersuaralah demi agama dan anak bangsamu. Jangan sampai kamu dihina dikemudian hari kerana tidak mempertahankan perjuangan suci murni ini.
Tiada yang lebih mulia menjadi ‘orang lama’ melainkan menyelamatkan perjuangan ini di hujung-hujung zaman anda dalam Silat Cekak. Bertindaklah atas kapasiti kamu dan sekuasa-kuasa bagi kamu wahai ‘orang-orang lama’ yang kami hormati! n
19. Mantan Guru Utama?
Ustaz Ishak Itam adalah Mantan Guru Utama? Apa ini? Cakap apa ini? Siapa kita hendak menjadikan Guru Ugama itu jawatan yang ber-bekas? Biadap, cakap tidak menggunakan akal!




Guru, emak dan bapa itu ada pertalian yang sangat kuat dengan kita. Dunia dan akhirat. Pertalian roh, darah dan daging. KAMI sangat tersentak apabila dikatanya ‘bodoh’ pada mereka yang berfahaman begitu! It was a real mind-fcuk! (bukan mencarut!) n

Siapa kita yang boleh memberikan jawatan sebegitu (bekas @ mantan) kepada YM Tuan Haji Ishak Itam? Pernah dengar jawatan Mantan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq? Kita bukan parti politik, jangan pula jadikan orang politik dan fahaman politik sebagai mentor.
Bolehkah kita menggunakan istilah ‘bekas’ guru kepada Pak Haji Zain, Ustaz Hanafi, Pak Ngah Syarif, Syeikh Abdullah Fahim, Tuan Salleh Masri, Tok Ku Paloh, Wali Songo, Syeikh Zainal Dahlan al-Fatani, Syeikh Abdul Samad Falembani, Tok Ku Pulau Manis? Nampak sangat siapa yang meletak perkataan mantan @ bekas ni tidak faham istilah ahli ilmu agama. n
Apa mereka ingat jawatan agama ni hak bapak mereka ke boleh sesuka hati nak samakan dengan kampeni syarikat?
Ustaz Hanafi pun tak pernah sebut Pak Ngah Sharif itu bekas guru sendeng beliau...ada pernah dengar? Pernah dengar Almarhum Ustaz Hanafi kata Pak Haji Zain itu BEKAS gurunya, walaupun mereka hidup sezaman...pernah? Pernah saudara/i dengar Ustaz Hanafi menggelarkan Pak Yahaya Said itu bekas guru-nya?
‘Mantan guru’ ini bermaksud ‘bekas guru’ atau dalam bahasa Inggerisnya former teacher – lah. Pernah saudara/i guna dan dengar perkataan ini? Once a teacher is always a teacher. For those who understand the concept of teachingness (virtue) There is no such thing as ex or former teacher . A teacher might not be teaching you forever in his lifetime, but he might be teaching somebody elses until the end of his life. Ex-gilfriend atau bekas-isteri mungkin ada.
Kurang ajar benar lah kalau kita kata "Pak Ak, sekarang Pak Ak ni bekas guru saya..." Tergamak kah kita? Ada pernah dengar Pak Ak kata Ustaz Hanafi itu bekas guru-nya...ada?
Tapi si "aku pengganti" ini pulak sanggup dan telah pun melepaskan kata-kata itu di khalayak ramai. Sudah terang lagi bersuluh dia sudah menceraikan guru-nya!
Guru-guru yang sampai 'makam martabat yang tinggi' itu sebenarnya tidak mati dalam erti kata sebenar. Kalau tidak percaya boleh buka kitab lama-lama, boleh tanya pada anak-anak murid guru-guru tersebut. Tiada terputus dunia dan akhirat!
Bak kata Rasulullah s.a.w : "Aku dari Allah, orang mukmin dari Aku." Siapa lagi yang dapat menunjukkan jalan untuk menjadi seorang mukmin sejati jika bukan kerana guru-guru yang sememangnya ada 'connection' dengan Rasullullah s.a.w
Alang kepalang berguru, biarlah yang Hak. Jika belum apa-apahal sudah mahu kondem guru-guru yang 'membawa wasilah', maka saudara/i faham-faham sendirilah jenisnya itu.
20. Jangan terima!
Sebelum KAMI mengakhiri kisah ini (mungkin buat kali ini sahaja), ingin KAMI mengulas sedikit tentang senario yang berlaku dalam PSSCM sejak kebelakangan ini.
Bukan niat KAMI hendak menghasut, memecah belah, memfitnah, menjatuh hukum atau menuduh atas kesalahan yang boleh jadi tidak disengajakan, KAMI juga tidak sempurna. Tapi ingin KAMI lontarkan satu masalah pokok dan membuka satu persoalan untuk direnungkan bersama:
Bak kata YM Tuan Haji Ishak Itam. Jawatan guru ini adalah kurnia. Jadi:
Bagaimana pula keadaannya apabila dalam pada sang guru itu ‘bertugas’ menjalankan amanah yang diberi, maka terdapat padanya kesalahan-kesalahan yang menurut pandangan umum tidak patut berlaku?
Untuk menjawab yang ini saudara/i hendaklah faham akan hakikat-nya watak Guru Silat Cekak.
21. Khas buat mereka yang kurang upaya
Yang BUTA dan tidak boleh membaca – KAMI telah sediakan ringkasan klip ucapan YM Tuan Hj Ishak Itam seperti diatas. Buat mereka yang PEKAK, TIDAK FAHAM, KAMI ringkas-kan begini: n
Tetapkan pendirian dan hati bersama Yang Mulia Guru Utama Tuan Haji Ishak Itam. Siapa sahaja yang tiba-tiba mengaku sebagai guru sewaktu Yang Mulia Guru Utama masih hidup, jangan terima, kerana itu Iblih. Itu sahaja pesan dan peringatan-nya.
"Bukan lebah sebarang lebah, lebah bersarang dipohon kayu. Bukan sembah, sebarang sembah, sembah seni Pusaka Melayu. Naluri-nya sang lebah memberi madu mengenal ratu"
'Berkatalah yang benar walaupun pahit'. - n
Sekian.
 
Copyright 2010 Aku Mati Hidup Kembali