'Silat Cekak Hak Pusaka Bangsa Melayu'
Agenda Notis Mensyuarat Agong Luar Biasa PSSCM
Apa pesan YM Guru Utama sebelumnya? JANGAN TERIMA!
(sila dengar baik-baik klip disebelah, saksi hidup pada ketika itu juga ramai)
1. Amanat yang tergenggam kemas
KAMI tidak akan melepaskan klip video ini tanpa panduan yang jelas pada ahli. Bertujuan membuktikan kata-kata Yang Mulia Guru Utama Silat Cekak Tuan Haji Ishak Itam itu adalah benar belaka.
Apa yang hendak KAMI sampaikan ini juga bukanlah sesuatu yang telah dirancang, tapi mengambil tempat dalam susunan perkara yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Jika mereka merancang maka Tuhan-lah yang menentukan. Begitulah adanya.
Sesungguhnya, apa yang telah diungkapkan oleh Yang Mulia Guru Utama PSSCM Tuan Hj Ishak Itam pada tahun itu (2004), pada malam itu, pada jam itu, pada saat dan ketika itu adalah alamat daripada Tuhan-nya.
Secara tepat beliau memberitahu apa yang akan berlaku dan telah pun berlaku hari ini. Notis MAP LB PSSCM yang tersiar didada akhbar Utusan Malaysia adalah sebagai buktinya.
Cuma beliau, samada tahu (mungkin merahsiakan nama) telah mengkiaskan watak utama itu sebagai 'Iblih'. Ternyata watak yang disebut PENGGANTI itu telahpun diisi dan disebut dengan jelas dalam kenyataan rasmi SUA PSSCM. Maka ini adalah cerita berkenaan WATAK bukan cerita individu. Jangan pula disalah tafsir!
2. Dengar dengan Telinga, tengok dengan Mata
Apa yang telah KAMI tengok dengan MATA, dan dengar dengan TELINGA, dan telah KAMI fikir sedalam-dalamnya berdasarkan bukti dan keterangan telah KAMI kumpul. KAMI siasat, KAMI bincang, KAMI timbang dan telah KAMI halusi, maka ia jelas menunjukkan Yang Mulia Guru Utama memang bercakap benar.
Apa katanya:
"Walau sapa pun TUHAN YANG ANGKAT jadi pemimpin dalam perjuangan Silat Cekak, tetap kita ikut. TAPI kalau dia mai pertikai "aku pengganti" jangan terima dia Iblih. Ha itu Iblih tu...jangan terima!
SAMPAI TUHAN ANGKAT. DIA PUN TAK TAHU. Macam saya dulupun saya tak tahu nak jadi pengganti. TAPI ahli Silat Cekak semua terima saya sebagai pengganti.
Sesungguhnya pandangan seorang guru yang mursyid lagi siddiq itu jauh mendahului zaman. Oleh itu, KAMI bukan mengada-adakan cerita, tapi hanya menyampaikan berita!
3. Tayangan video membuktikan kebenaran "aku pengganti"
KAMI sebenarnya cukup berterima kasih dengan tayangan video dan ceramah2 yang telah diberikan oleh golongan yang mendakwa mereka membawa kebenaran. Sesungguhnya, memang mereka membuktikan kebenaran -- kebenaran kata-kata Tuan Haji Ishak Itam.
Tanpa video dan sessi ceramah, tidak dapatlah KAMI hendak membuktikan kebenaran ‘alamat’ yang telah KAMI simpan. Ia sebenarnya memudahkan kerja KAMI. Dan sesungguhnya apa yang telah di atur oleh Allah taala itu betul belaka! Alhamdu’lillah.
Dalam video itu, sepatah pun tidak YM Guru Utama menyebut nama pengganti-nya. Yang telah di 'quote' adalah kata-kata orang kiri-kanan-nya. n 'Quote' yang sebegitu hanya sesuai digunakan andaikata Tuan Haji Ishak Itam telah meninggal dunia. Tapi dia ada lagi, tak kan nak dengar cakap orang. Mestilah KAMI pergi jumpa tuan punya badan. Tuan punya badan tak kata apa pun. Camana tu?
Mungkin mereka (kru-kru majalah 3 ¼) ini telah berkira-kira bahawa Yang Mulia tidak panjang umurnya. Jadi mereka pun standby-lah dengan rakaman-rakaman sebegitu. Mereka cuba mengada-adakan bukti! Itu pun mereka tidak dapat jawapan tepat. Yang dapat jawapan tepat itu nampak-nya KAMI-lah kot?
Sebab ada perkara yang membataskan-nya, iaitu Hikam. Faham apa dia Hikam? Dengar tak ni?
Ustaz Hanafi tidak pernah mengaku jadi pengganti sewaktu Pak Haji Zain masih hidup, dan Pak Ak pun tidak pernah tahu yang dia bakal pengganti waktu Almarhum Ustaz Hanafi masih hidup Jadi siapakah gerangan-nya yang tiba-tiba meng- "aku pengganti" dalam keadaan Tok Hikam yang ada masih hidup?
Dan ingat saudara/i sekalian. Jika ada dikalangan kamu yang pernah mengucapkan yang sama "aku pengganti" atau yang sama maksud dengan-nya, maka dia juga adalah Iblih. KAMI tidak pilih bulu atau kroni. Ini peringatan buat semua yang perasan nak jadi guru!
Hari ini KAMI berurusan dengan yang NYATA. Jangan ingat KAMI tidak tahu, masih ada yang kedepan ini yang perasan nak jadi guru.
4. Tak Pernah Cakap Bohong?
Dalam video yang sama, KAMI kesan satu masalah yang bersangkutan dengan 'statement' Jurucakap Majlis yang mengandaikan secara 'face value' bahawa "Setahu saya dia @ maideen tidak pernah cakap bohong...".
Ini penting kerana berdasarkan 'statement face value’ inilah terletaknya asas kepercayaan bahawa "pengganti" itu adalah individu yang bernama ‘Saithu Maideen bin Katharisa'. Kerana menurut pandangan peribadi Jurucakap Majlis, individu tersebut tidak pernah cakap bohong.
Baik, kita tinggal-kan dahulu individu yang dikatakan oleh Jurucakap Majlis yang tidak pernah cakap bohong itu, tapi kita rujuk kepada pembuat 'statement' itu sendiri iaitu Jurucakap Majlis.
Pernahkah secara peribadi Jurucakap Majlis itu berbohong pada ahli-ahli Persatuan sekalian? Pernahkah secara peribadi Jurucakap Majlis itu berbohong pada Guru Utama Silat Cekak?
Jika pernah, bermakna 'statement'-nya boleh-lah dianggap batal kerana secara logiknya dia boleh jadi tidak bercakap benar apabila mengatakan ‘individu’ yang dimaksudkan itu tidak pernah cakap bohong. Ini bermakna “aku pengganti” tidak sentiasa bercakap benar.
Mana ada manusia yang tidak pernah cakap bohong melainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat-nya yang bersifat dengan Siddiq? Sebagai manusia biasa kita tidak akan lepas dari berbohong, sebab itulah dilapik kita dengan pesan Rasullullah s.a.w supaya beristighfar sebanyak yang mungkin.
Oleh itu agak sukar KAMI hendak mempercayai ‘statement face value’ yang longgar sebegitu sebagai penentu guru mana yang kami nak ikut.
Sekurang-kurangnya, KAMI telah membuktikan bahawa guru KAMI iaitu Tuan Haji Ishak Itam bercakap yang benar dalam situasi ini – berdasarkan bukti-bukti nyata yang telah kami berikan.
Dan terbukti hari ini, bahawa si Aku Pengganti bercakap bohong apabila mengatakan "tiada 2 guru pada satu masa," tapi pada masa yang sama mengangkat diri menjadi Guru Utama.
Terbukti juga jurucakap (dalam klip video roadshow) dan si Aku Pengganti (dalam klip 'konspirasi yang terbongkar) memang mempunyai sifat pembohong!
5. Watak sama, plot sama, pelakon baru
Watak yang dimainkan bukannya watak baru. Sebenarnya watak ini sama seperti yang telah di mainkan oleh seorang 'mahkluk Allah' sewaktu meng-aku sebagai Guru Silat Cekak suatu masa dahulu.
Cara mereka sama sahaja, dengan menggunakan video tape, rakaman, surat serahan dan sebagainya. Plotnya tetaplah sama babak 'penyerahan mandat' . Cuma kali ini para pelakonnya berbeza. Skripnya tetap sama, "saya dah serah...". Ramai yang terpengaruh dan bertindak mengambil pendirian berbukti dengan rakaman itu.
Ia sememangnya amat menyakinkan bagi mereka yang lemah semangat. Jika dimainkan semula video yang telah dimainkan oleh golongan-golongan terdahulu (CH) itu, pasti ramai penyokong si "aku pengganti" sekarang beralih arah menyokong pula pada Md Radhi, kerana kredibiltinya sebagai 'anak Ustaz' itu adalah point penting.
6. Isyarat untuk bertindak
Dahulu mungkin ada dikalangan ahli yang bermatian meng-iyakan yang guru CH itu sebagai Iblih (rata-rata mereka yang menyuarakan itu adalah para pendokong si Aku Pengganti termasuklah si Aku Pengganti sendiri) kerana tindakannya itu berjaya memecah-belahkan persatuan.
Lalu timbulah alasan dari pihak CM mengatakan bahwa "Pak Ak hanya serah silat sahaja, bab hakikat tak boleh serah," dan "jawatan guru itu adalah jawatan seumur hidup!" Dan kefahaman itu lah yang dibawa dan ditanam dalam minda ahli PSSCM sekalian. Ha kali ini mengapa pula lain jadinya?
Dan AMANAT yang YM Guru Utama sampaikan itu pula adalah 11 tahun sesudah krisis 1993, ini bermaksud dia memberitakan apa yang akan berlaku. Secara jelas juga si Pemegang Watak terbaru ini telah pun menepati ciri-ciri yang disebutkan oleh Yang Mulia Guru Utama dahulu.
Maka apabila syarat utama itu dipenuhi ia menjadi ISYARAT UTAMA pula untuk kami bertindak. Menariknya antara isyarat lain yang KAMI dapati adalah dari video yang mereka tayang itu sendiri – memang terbukti berat sebelah (video road show dan kali ini video penyerahan yang dibuat-buat).
KAMI sendiri tidak menyangka perkara ini akan berlaku dengan tepat! KAMI tidak akan memandai-mandai jika perkara yang telah dialamatkan itu tidak berlaku, andaikata ia berlaku juga di lain masa dalam konteks yang sama, tetap KAMI siarkan bagi membetulkan keadaan.
Ingin kami tegaskan, ini bukan untuk meng-aibkan sesiapa! Tetapi adalah amanah yang KAMI terima. Masanya sudah sampai untuk berpesan pada kebenaran.
Seperti mana KAMI tidak menerima Md Radhi – atas perbuatannya, seperti itulah juga KAMI menolak si Aku Pengganti yang mengaku menjadi guru – juga atas perbuatannya sendiri.
Watak, perbuatan dan percakapan mereka sama sahaja. Kedua-duanya telah mengatakan dengan jelas bahawa YM Tuan Haji Ishak Itam hanya pembawa amanah. Nak kata 'pengkhianat' teruk sangat, KAMI kata IBLIH-lah. (Guru yang cakap bukan KAMI yang cakap)
Cuma yang terbaru ini menggunakan propaganda murahan, siapa tidak terima maka dia derhaka pada guru. Habis siapa yang tidak menyokong di halau, dipecat dari Persatuan.
Disuruh cari guru lain. Ahli-ahli tidak dibenarkan berfikir dan menyuarakan pandangan. Dengan bongkaknya ahli-ahli digertak, di ugut, disisih dan berbagai lagi. Ini zaman millennium. Guru Utama pun tidak pernah menghalang muridnya dari berfikir. KAMI juga bukan ghurka.
Zalim memang zalim. Bak kata Tuan Haji Ishak Itam, zaman ini adalah zaman firaun. Boleh jadi kerana tiada ‘ruh silat’ pada si "aku pengganti".
Kebenaran itu sebenarnya ada pada kata-kata ini, dan kejadian di Perak dan Selangor pula membuktikan kelakuan dan tingkah-laku ganas mereka dengan nyata:
7. Ada yang masih sangsi?
Mungkin ada yang bertanya, apa perlu cerita ini dikeluarkan? Kami hanya membenarkan kata-kata guru. Bersalah-lah KAMI, jika membisu dan tidak membantu Yang Mulia Guru Utama dalam keadaan beliau tidak begitu cergas seperti hari ini.
Dan pada pandangan KAMI, sesungguhnya YM Guru Utama tidak akan 'diberitahu' supaya ''memberitahu' KAMI perkara ini (5 tahun dahulu) jika bukan untuk membuktikan apa yang telah di alamatkan oleh Tuhan-nya itu adalah benar - bukti nyata seorang guru yang Siddiq lagi Mursyid.
Ini juga bukan bermakna KAMI taksub kepada YM Tuan Haji Ishak Itam. Tidak sama sekali. Sesiapa pun boleh jadi Guru Utama Silat Cekak, tetapi bukan melalui caranya yang pelik dan tidak betul bak rampasan kuasa seperti yang berlaku hari ini.
Akan menjadi penyesalan berpanjangan jika KAMI membiarkan ahli-ahli terus diperdaya oleh 'Iblih.' Maka perjuangan asal sudah tentunya akan diselewengkan. KAMI sendiri sudah tentunya tidak mahu bergurukan 'Iblih.' KAMI juga tidak pentingkan diri sendiri. KAMI juga tidak mahu bersekongkol dengan Iblih.
8. YM Tuan Haji Ishak Itam kasih pada ahli-ahli PSSCM
Seperti yang kita sedia maklum, Yang Mulia Guru Utama sangat kasih pada ahli-ahli PSSCM. Dan kami ingin berkongsi rasa kasih itu dengan saudara/i sekalian. Sudah tentulah beliau tidak mahu ahli2 PSSCM dipimpin oleh bukan orang-nya. Jika tidak kerana kasih, kenapa pula beliau memberikan petua mengenal Iblih?
Semestinya perjuangan suci murni ini ada penjaga serta pengawalnya. Sesungguhnya bagi yang faham, Allah s.w.t sentiasa memelihara Hamba yang berjuang di jalan-Nya. Pertolongan pasti sampai pada saat dan ketika yang telah ditentukan. Maka anggaplah ini sebagai 'check and balance' buat sesiapa yang masih sangsi dan ragu akan daulat Silat Cekak.
Jika dihalusi asal-usul Iblih itu pada asalnya mahkluk yang taat dan kuat beribadat. Adakah ini juga satu kebetulan atau pengajaran buat ahli-ahli sekalian? Apakah kerja Iblih itu saudara/i sekalian? Kaji sifat Iblih.
Disamping Iblih. siapa lagi yang sebenarnya cuba meracuni fikiran dan memecah belahkan kita wahai saudara/i muslimin dan muslimat? Watak siapakah sebenarnya yang mereka lakonkan ini? Bukankah ini watak yahudi-freemason yang sememangnya ber-tuankan Iblih?
Golongan yang berfahaman “freemason” memang telah wujud lama dahulu. Bersekongkol dengan firaun dan Iblih menentang Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s.
9. Apabila gerak menjadi DUA
Dalam konteks Silat Cekak, KAMI ulangi, dalam konteks Silat Cekak, Yang Mulia Guru Utama telah berkali-kali menekankan fahaman tauhid melalui jalan silat iaitu: "Tuhan itu Sa, tidak boleh ada dua GERAK pada satu maSa, jika ada, maka satu hak dan satu batal."
Ramai yang macam faham konsep ini tapi sebenarnya tak faham. Jika di kenakan konteks itu dalam situasi sekarang maka: "Tuhan itu Sa, tidak boleh ada dua GURU pada satu masa, jika ada, maka satu hak dan satu batal." Maka tetaplah ada perbezaan - molekul air dan minyak mana boleh bersatu, tiada persamaan walaupun kedua-dua entiti itu dalam kategori cecair.
Untuk ahli yang faham, bersungguhlah mereka berusaha supaya mereka ditempat yang hak bila keadaan mendesak (takut-takut Tuhan tak beserta), buat ahli yang tak faham, mana2 pun oklah. Kalau kita mengambil mudah pesan guru, maka mudah jugalah kita termakan kata kawan bila keadaan menjadi sebegini rupa. Tiada pendirian.
Seterusnya kepada ahli yang berjumpa Guru Utama tetapi telah diberi lorongan supaya mengikut si”aku pengganti”, sedarlah bahawa itu adalah tanda dimana kamu telah pun diuji. Andaikata tiada berdetik di hati kecil kamu sekalian berkenaan masalah ini, dan tanpa sangsi langsung terus menerima si”aku pengganti”, maka kamu masih belum faham adat dan adap berguru. Jangan kecil hati jika KAMI kata kamu adalah golongan yang tidak berfikir!
Kenapa tidak sedikit pun tidak terdetik di hati kamu semua untuk berfikir akan kenyataan guru itu? Adakah selama ini kamu-kamu sekalian berguru buta, menelan bulat-bulat segala kata guru tanpa kajian atau tapisan?
Sebagai contoh, andaikata bapa kamu tiba-tiba mengatakan bahawa “wahai anak, saya bukan bapa kamu lagi, bapa kamu adalah si polan bin si polan,” adakah kamu akan menerima kata seperti itu bulat-bulat?
Pasti paling kurang pun terdetik, “aik, apahal pulak tiba-tiba kata lagu ni, apa sebab dan pasal apa bapa berkata macam tu". Jika kamu orang yang berfikir, sudah pasti kamu akan menyiasat kenyataan itu. Dan andaikata kamu menafikan-nya, adakah kamu akan tergolong dalam kategori menderhaka kepada bapa kamu? Tentunya tidak bukan? Apa takrif derhaka?
Antara guru, ibu dan bapa – hakikatnya mana lebih tinggi tingkat dalam hirarkinya? Andaikan pula Ustaz Hanafi yang mengatakan begitu? Dan Ustaz Hanafi pernah berkata "kita berguru kena pakai akai!"
10. Hakikat gerak itu nyata bukan konsep
Jika kita mengambil faham bahawa hakikat gerak itu Dia yang punya, maka tidak perlulah kita risau akan pengganti guru. Berserah sahajalah. Sebab apabila sampai masa 'pengganti' itu diangkat, satu manusia pun tidak akan berdetik mengata Tidak...sebab hati itu Dia yang punya. Bukan Man Belon yang punya.
Buktinya berkenaan masalah hati itu terdapat pada kata-kata ini:
"SAMPAI TUHAN ANGKAT. DIA PUN TAK TAHU. Macam saya dulupun saya tak tahu nak jadi pengganti. TAPI ahli Silat Cekak semua terima saya sebagai pengganti."
Tidak perlulah kita menjadi seperti ahli politik menyusun strategi berbagai kerana takut yang di angkat itu bukan dari kalangan kita. Yang menghairankan, kenapa ada segelintir pihak menjadi takut lalu menakut-nakutkan ahli, padahal kita di ajar jadi berani?
Mengikut sejarah yang telah disampaikan, YM Tuan Haji Ishak Itam, apabila pertama kali duduk atas kain putih, diam selama dua jam, sebab tak tahu apa yang hendak dilafazkan.
Memang pun beliau tidak pernah tahu - sebab tiada terlintas niat beliau hendak menjadi guru. "Saya pun tak sangka nak jadi guru... tapi DIA bagi mudah ja." (mudah-mudah pun dekat 2 jam jugak)
Maksud-nya, guru selepas ini pun pasti-kan sama. Orangnya tiada niat langsung nak jadi guru. Automatik Tuhan kurnia - maka sampai dia berserah penuh ke hadrat Allah taala, baru Tuhan beserta. Maka semua jadi mudah. Begitulah saudara/i sekalian.
Tidak percaya lagi? Pernah dengar kisah ahli bergaduh tapi tak tahu apa yang dia buat, sedaq2 tersandaq ja musuh...mana nak letak kisah ini? Itulah gerak yang Tuhan berserta - kita serah ajelah.
Belajar silat tapi tak faham lagi ke? Bergantung hati sepenuhnya pada Allah taala bukan bergantung hati pada strategi politik. Mana boleh berguru pakai kroni. Kalau guru dok ajar pun masih buat silap, maka kena berguru lagilah sampai boleh. Makna kata belum boleh jadi gurulah. Itu faham KAMI.
11. Pecah kerana teringin nak jadi guru
Kes-kes perpecahan sebelum ini berpunca pada perkara yang sama, mengaku menjadi guru sebelum tiba masa, yakni sewaktu guru yang hak masih ada. Maka bertembunglah yang hak dan yang batal - kita patut jadikan iktibar. n Oleh itu saudara dan saudari ahli PSSCM yang di kasihi. Peringatan itu jelas dan nyata. Panduan-nya telah KAMI terima, KAMI genggam kemas. Sudah sampai masanya 'buah sebijik' ini kami lepaskan!
12. Bukti bertulis agenda yang tidak mengikut perlembagaan PSSCM
Sebagai bukti lain, bukankah agenda utama diatas adalah Menerima, Mengesah dan Mengisytihar Guru Utama Pengganti. Bolehkah kita menganggap perkara ini secara tidak langsung mempertikai Guru yang sedia ada (seumur hidup) dan secara adatnya melanggar etika perguruan Bangsa Melayu?
Pada KAMI, jelas agenda ini bertujuan membatalkan yang hak. Silat Cekak ini ber-tuan, dan tuan-nya masih hidup. Dia ber-hak atas silat-nya. Bagi KAMI tiada istilah HILANG KELAYAKAN buat Guru Utama Silat Cekak.
Siapakah kita untuk mengatakan begitu? Ada sesetengah persatuan menjadikan jawatan Guru Utama umpama Pengerusi Syarikat - tiada kuasa eksekutif. Silat Cekak bukan begitu. Kena faham tu. n 13. Kefahaman ahli PSSCM mengenai jawatan Guru Seumur Hidup
Seterusnya, apakah kefahaman sebenar ahli-ahli PSSCM sewaktu bersetuju bahawa jawatan Guru Utama itu adalah jawatan seumur hidup?
Pada pandangan KAMI, ia sebenarnya bukan pada jawatan itu, tapi apa yang dibawa oleh Guru Utama Silat Cekak itu sendiri. Apa yang dibawa-nya memang tidak boleh dipindah milik.
Silat mungkin boleh diperturunkan tapi bab hakikat itu kurnia. Bolehkah pingat dan kebesaran yang di kurnia oleh DYMM Yang Dipertuan Agong di wariskan kepada anak cucu?
Boleh kah pangkat Tun, Tan Sri, Dato Seri anugerah yang kita terima di letak pada pangkal nama anak sesuka hati? Tentulah tak boleh sebab itu hak dia macamana dia nak bagi. Sedangkan kurnia atau anugerah DYMM Agong kita tak boleh serah bagaimana pula dengan kurnia dan anugerah Allah taala. n Andaikata kata kita nak juga pakai pangkat Dato Seri yang dianugerah kepada ayahanda kita, walaupun secara logik-nya tidak boleh, tapi kita nak juga, maka pakailah dan tanggunglah sendiri akibatnya. Itu menunjukkan kita tidak faham akan maksud kurnia. Jika tembelang kita pecah, berjawablah dengan masyarakat.
Hanya kanak-kanak yang selalunya merengek hendak minta sesuatu...selagi tak dapat selagi itulah dihimpitnya kita ibu-bapanya. Sebagai ibu-bapa, tahu-tahu ajelalah perangai budak-budak. Mana faham kata 'tak boleh', mana reti bahsa. Tengok ajelah video itu, semuanya dok merengek-rengek... n Mengikut sejarahnya, semasa Md Radhi datang minta untuk dipulangkan kembali, beliau menceroboh kediaman Ustaz Ishak Itam sampai panjat pagar (video ini juga telah dipaparkan oleh Jabatan Penerangan PSSCM suatu ketika dahulu, dengan apa tujuan KAMI tidak tahu). Itu pun dia tak marah, dia buat dono je, ini kan pula yang masuk cara baik lagi dia tak marah.
Dia ni Guru Silat Cekak - dia baca gerak dan dia berserah. Dia nak tengok puak-puak Iblih dan freemason ni nak pi mana. Cukup ‘time’ kena - telentang. Tak reti lagi?
“Makan segerak (makan gerak dalam gerak) dan dapat menentang musuh samada yang dapat dilihat atau tidak, disedari atau tidak terang atau dalam gelap.” (Ustaz Hanafi, 1973)
14. Ikut-ikutan atau atas pendirian yang jelas?
Yang kita dok ikut ni sebab dia itu terpilih-lah, bukannya pasal silat. Kalau pasal silat, maka Md Radhi itulah yang lebih awal sepatutnya depa ikut. Sebab alasannya "Pak Ak dah serah..."
Ahli perlu faham bahwa Silat Cekak ini bukan silat - tetapi silat. Disinilah tempat-nya licin yang selalu menggelincirkan ahli-ahli dari landasan yang asal, akibat tidak kuat pegangan dan tidak tetap pendirian! Terhoyong-hayang ditiup khabar angin. Boleh jadi kerana sudah tiada 'landasan'lah dengan jelas si "aku pengganti" sebok membina bahtera dan mengumpul anak-anak kapalnya. Tahniah! tahniah!
Antara sebab utama tergelincir adalah tidak faham apa sebenarnya yang dikatakan Muhammad-Ahmad bertimbal balik dan tidak faham 'perjuangan hakiki Silat Cekak'. Tak layak untuk KAMI bercerita kisah ini dikhalayak yang bukan ahli.
15. Bukan sebarang Guru yang boleh bawa Seni Silat Cekak
Uztaz Hanafi adalah seorang yang mendapat gelaran Tok Hikam. Menurut sejarah, Almarhum katam kitab Hikam sebanyak tiga kali bersama Pak Haji Zain.
Sebelum itu Almarhum berguru dengan ramai lagi para ulama dan bertemu ramai faqeh untuk mencari keputusan atas setiap masalah yang bersangkut dengan ilmu Agama. Almarhum juga seorang yang cinta-kan Ilmu, banyak membaca dan bermuzakarah. n Ustaz Ishak Itam juga bukan calang orangnya. Pernah bertemu Pak Him (Syeikh Abdullah Fahim). Berguru pula dengan Syeikh Salleh Masri dan Haji Ahmad ibni Tuan Hussein Kedah. Pewaris Gayung Fatani dari Panglima Taha. Belajar Silat Cekak dan berguru dengan Almarhum Ustaz Hanafi selama 14 tahun sebelum mendapat gelaran Tok Hikam. n Kedua-dua mereka ini adalah sebenarnya ahli ugama. Guru ugama yang menjadikan Silat Cekak sebagai platform mendidik masyarakat, umat Melayu di Semenanjung ini. Mereka cukup ilmu ‘iktisabi’ ilmu syariat, ilmu dunia dan akhirat – baru datangnya ‘laduni’. -- kisah "aku pengganti" ini salah satu bukti laduni.
Kisah Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s KAMI jadi-kan sebagai pedoman hikmah sesuatu yang berlaku itu ada sebabnya.
Kalau tidak kerana kejadian ini, tidak zahirlah apa yang terniat di hati mereka selama ni. Betul belaka aturan Allah taala ni...DIA nak bagi nampak! Habuan buat KAMI yang tidak banyak bertanya dan bersabar mengikuti jalan ceritanya!
16. Kelayakan menjadi Guru Ugama n Bukan-lah KAMI yang menentukan layak atau tidak seseorang itu menjadi guru. Tapi pada faham KAMI, Guru Utama Silat Cekak bukan boleh dibawa oleh sembarangan.
Kelayakkan yang diperlukan menjadi guru yang memimpin perjuangan ini sangat tinggi. ‘Benchmark’ nya telah ditetapkan oleh Pak Haji Zain, Ustaz Hanafi dan Ustaz Ishak.
Kalau setakat boleh membaca jawi, tapi jawi surat khabar utusan Melayu, maka belum boleh lah lagi. Jangan-lah sebab kita tak boleh kita nak mengata orang yang boleh dan ada kelayakan. n Janganlah kita mengangkat orang jahil jadi pemimpin, itu zalim pada diri sendiri namanya tu. Berdosa kita pada masyarakat, khianat kita pada anak bangsa kita.
Silat Cekak ini hanya kulit sahaja. Bukan matlamat. Ustaz Ishak Itam belajar selama 30 malam sahaja. Tapi dia orang yang sudah terdidik dengan asas pendidikan agama yang tinggi. Begitu juga Almarhum Ustaz Hanafi. "Silat ni buh dalam poket sahaja, bila nak pakai baru bawak keluar..."
Jika kita mendengar syarahan Almarhum Ustaz Hanafi dan Ustaz Ishak, habis semua isi Al-Quran itu dikupasnya dalam bahasa mudah, supaya kita yang 'bengong' ini dapat faham dan terasuh dalam suasana tidak sedar. n Kebaikan yang ditanam akan teresap di jiwa. Maka secara perlahan-lahan berusahalah kita menjadi manusia yang sempurna, walaupun adakalanya silap dan salah itu tetap ada.
Sayang seribu kali sayang - lah jika ahli-ahli PSSCM tidak faham akan perkara ini. Silat Cekak itu kulit sahaja, ia boleh diserahkan sebagaimana Pak Ya menyerahkan pada Almarhum Ustaz Hanafi, sebagaimana Ustaz Ishak menyerahkan pada Md Radhi. Tetapi bab hakikat dan ugama tidak boleh diserahkan. Ia adalah kurnia Tuhan pada hamba yang dikehendaki-Nya.
Itulah yang ahli-ahli PSSCM kena faham. Dan atas alasan itu jugalah 'mereka' yang hari ini mengaku menerima Guru Pengganti dahulunya menentang Md Radhi. Tetapi hari ini mereka juga melakukan perkara yang sama terhadap YM Tuan Haji Ishak Itam. Maka apa bezanya antara dua golongan ini?
Andaikata kisah Pak Haji Zain dan Ustaz Hanafi yang hidup sezaman di ambil kira, maka kisah Md Radhi dan Tuan Haji Ishak Itam juga patut diambil kira.
Si Aku Pengganti ni kena pergi ambil balik apa yang diserah oleh Tuan Haji Ishak Itam kepada Md Radhi, baru boleh jadi guru. Logik? Tapi pada KAMI nak buat apa nak buat semua itu, sebab guru yang hak ada depan mata.
Kalau hari-hari dok dengar kaset ceramah ustad tapi masih tidak faham juga, entahlah. Ustaz Hanafi dan Ustaz Ishak bukan cerita silat punnnn. 17. Apa maksud Guru Seumur Hidup?
Itulah maksudnya Guru Ugama seumur hidup, sebab Tuhan akan angkat orang yang layak sebagai pengganti bila sampai masanya.
Tapi kalau sebelum masanya sampai tapi ada yang mengaku guru, maka Iblih la tu. Takkan perkara semudah dan se-logik itu kita tidak boleh fikir?
Ini masalah yang bersangkut dengan hati. Kalau hati gelap, gelaplah sampai ke-tua. Tugas KAMI hanya menyampaikan amanah sahaja. Tapi bukan guru. Guru KAMI ialah Ustaz Hanafi dan Ustaz Ishak Itam dan guru-guru yang ber-wasilah sampai kepada Rasulullulah s.a.w
Apakah peringatan yang telah diberikan dahulu? Jika WATAK itu jelas bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan, maka JANGAN TERIMA! (ulang 2 x) kerana ia batal!
Oleh itu ahli-ahli yang menjadi tunjang kekuatan persatuan, setelah peringatan ini disampaikan, masih lagi mahu MENERIMA, MENGESAH dan MENGISYTIHAR?
Maka sebab itulah yang YM Tuan Haji Ishak Itam berkias menyeru kita ahli-ahli persatuan supaya bersatu menentang-kan agenda jahat yang mendatangkan perpecahan. n Siapa yang punya angkara sebenarnya ini? Bukankah ini kerja Iblih yang mengaku guru padahal Guru Sebenar masih ada? Andaikata si “aku pengganti” ini tidak memandai-mandai mengaku sebagai guru, adakah kita semua akan berpecah?
Andaikata, orang lain yang dinamakan sebagai guru utama dan ahli-ahli pula menerima dengan hati yang terbuka, adakah si “aku pengganti” ini akan turut serta akur menerima serta membaiah? Atau dia pula yang bakal menjadi 'penentang utama'?
Maka sememangnya si “aku pengganti” inilah penyebab perpecahan, kerana baginya pengaruh sudah besar, jika tidak sekarang bila lagi dia hendak mencapai cita-citanya hendak menjadi guru. n Bukankah berdasarkan percakapan-nya, sudah ter-nampak niat dan cita-cita dihati-nya atas perbuatan-nya hari ini yang terdetik se-awal kemasukan-nya di dalam Silat Cekak 35 tahun dahulu? Sekilas ikan di air, tahu siapa mencari takdir!
18. Bersatu menyokong kepimpinan Tuan Haji Ishak Itam Guru Utama PSSCM
Maka dengan itu KAMI berseru kepada semua ahli PSSCM yang kami kasihi sekalian, bersatulah dibawah kepimpinan Tuan Haji Ishak Itam. Walaupun ‘tersorok’, KAMI sebenarnya ada bersama-sama anda. Sentiasa memerhati.
Marilah bersama-sama kita berganding bahu, bersatu MENOLAK kapten kapal dan kuli-kulinya yang sebok mempersiapkan bahtera yang sedang berlabuh.
Biarkanlah ia pergi meninggalkan kita. Itulah maksudnya. YM Guru Utama cakap berlapik dan berkias. Baca-lah dalam sikit maknanya yang tersirat.
KAMI juga mengharapkan faham ‘orang-orang lama’ yang dalam persatuan semoga bersuaralah. Bersuaralah demi agama dan anak bangsamu. Jangan sampai kamu dihina dikemudian hari kerana tidak mempertahankan perjuangan suci murni ini.
Tiada yang lebih mulia menjadi ‘orang lama’ melainkan menyelamatkan perjuangan ini di hujung-hujung zaman anda dalam Silat Cekak. Bertindaklah atas kapasiti kamu dan sekuasa-kuasa bagi kamu wahai ‘orang-orang lama’ yang kami hormati! n 19. Mantan Guru Utama?
Ustaz Ishak Itam adalah Mantan Guru Utama? Apa ini? Cakap apa ini? Siapa kita hendak menjadikan Guru Ugama itu jawatan yang ber-bekas? Biadap, cakap tidak menggunakan akal!
Guru, emak dan bapa itu ada pertalian yang sangat kuat dengan kita. Dunia dan akhirat. Pertalian roh, darah dan daging. KAMI sangat tersentak apabila dikatanya ‘bodoh’ pada mereka yang berfahaman begitu! It was a real mind-fcuk! (bukan mencarut!) n
Siapa kita yang boleh memberikan jawatan sebegitu (bekas @ mantan) kepada YM Tuan Haji Ishak Itam? Pernah dengar jawatan Mantan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq? Kita bukan parti politik, jangan pula jadikan orang politik dan fahaman politik sebagai mentor.
Bolehkah kita menggunakan istilah ‘bekas’ guru kepada Pak Haji Zain, Ustaz Hanafi, Pak Ngah Syarif, Syeikh Abdullah Fahim, Tuan Salleh Masri, Tok Ku Paloh, Wali Songo, Syeikh Zainal Dahlan al-Fatani, Syeikh Abdul Samad Falembani, Tok Ku Pulau Manis? Nampak sangat siapa yang meletak perkataan mantan @ bekas ni tidak faham istilah ahli ilmu agama. n Apa mereka ingat jawatan agama ni hak bapak mereka ke boleh sesuka hati nak samakan dengan kampeni syarikat?
Ustaz Hanafi pun tak pernah sebut Pak Ngah Sharif itu bekas guru sendeng beliau...ada pernah dengar? Pernah dengar Almarhum Ustaz Hanafi kata Pak Haji Zain itu BEKAS gurunya, walaupun mereka hidup sezaman...pernah? Pernah saudara/i dengar Ustaz Hanafi menggelarkan Pak Yahaya Said itu bekas guru-nya?
‘Mantan guru’ ini bermaksud ‘bekas guru’ atau dalam bahasa Inggerisnya former teacher – lah. Pernah saudara/i guna dan dengar perkataan ini? Once a teacher is always a teacher. For those who understand the concept of teachingness (virtue) There is no such thing as ex or former teacher . A teacher might not be teaching you forever in his lifetime, but he might be teaching somebody elses until the end of his life. Ex-gilfriend atau bekas-isteri mungkin ada.
Kurang ajar benar lah kalau kita kata "Pak Ak, sekarang Pak Ak ni bekas guru saya..." Tergamak kah kita? Ada pernah dengar Pak Ak kata Ustaz Hanafi itu bekas guru-nya...ada?
Tapi si "aku pengganti" ini pulak sanggup dan telah pun melepaskan kata-kata itu di khalayak ramai. Sudah terang lagi bersuluh dia sudah menceraikan guru-nya!
Guru-guru yang sampai 'makam martabat yang tinggi' itu sebenarnya tidak mati dalam erti kata sebenar. Kalau tidak percaya boleh buka kitab lama-lama, boleh tanya pada anak-anak murid guru-guru tersebut. Tiada terputus dunia dan akhirat!
Bak kata Rasulullah s.a.w : "Aku dari Allah, orang mukmin dari Aku." Siapa lagi yang dapat menunjukkan jalan untuk menjadi seorang mukmin sejati jika bukan kerana guru-guru yang sememangnya ada 'connection' dengan Rasullullah s.a.w
Alang kepalang berguru, biarlah yang Hak. Jika belum apa-apahal sudah mahu kondem guru-guru yang 'membawa wasilah', maka saudara/i faham-faham sendirilah jenisnya itu.
20. Jangan terima!
Sebelum KAMI mengakhiri kisah ini (mungkin buat kali ini sahaja), ingin KAMI mengulas sedikit tentang senario yang berlaku dalam PSSCM sejak kebelakangan ini.
Bukan niat KAMI hendak menghasut, memecah belah, memfitnah, menjatuh hukum atau menuduh atas kesalahan yang boleh jadi tidak disengajakan, KAMI juga tidak sempurna. Tapi ingin KAMI lontarkan satu masalah pokok dan membuka satu persoalan untuk direnungkan bersama:
Bak kata YM Tuan Haji Ishak Itam. Jawatan guru ini adalah kurnia. Jadi:
Bagaimana pula keadaannya apabila dalam pada sang guru itu ‘bertugas’ menjalankan amanah yang diberi, maka terdapat padanya kesalahan-kesalahan yang menurut pandangan umum tidak patut berlaku?
Untuk menjawab yang ini saudara/i hendaklah faham akan hakikat-nya watak Guru Silat Cekak.
21. Khas buat mereka yang kurang upaya
Yang BUTA dan tidak boleh membaca – KAMI telah sediakan ringkasan klip ucapan YM Tuan Hj Ishak Itam seperti diatas. Buat mereka yang PEKAK, TIDAK FAHAM, KAMI ringkas-kan begini: n Tetapkan pendirian dan hati bersama Yang Mulia Guru Utama Tuan Haji Ishak Itam. Siapa sahaja yang tiba-tiba mengaku sebagai guru sewaktu Yang Mulia Guru Utama masih hidup, jangan terima, kerana itu Iblih. Itu sahaja pesan dan peringatan-nya.
"Bukan lebah sebarang lebah, lebah bersarang dipohon kayu. Bukan sembah, sebarang sembah, sembah seni Pusaka Melayu. Naluri-nya sang lebah memberi madu mengenal ratu"
'Berkatalah yang benar walaupun pahit'. - n
Sekian.